Hello people!


Salam. jemah tahu blog jemah tak gojes tak maket macam blog uolls. tapi iolls tak kisah huahua. blog ni tempat kaki kaki repek dann tempat kongsi maklumat.

jemput tambah nasik, tapai tu sedap boh silakan.



Tuesday, August 16, 2016

Terima Tawaran IPT

Assalamualaikum ...




Langkah Mengatasi Kekecewaan Dari Keputusan UPU



1. Sedar Diri


hah ambik kau. step pertama dah suruh sedar diri. memang rasa nak laju2 tutup blog ni lalu nak buat report polis nak failkan saman akibat diri yang tersentap2 kan. hahai..


tapi memang betul.


cuba kita reflect balik diri kita. apa yang kita dapat, dengan apa yang kita beri. kalau time SPM / Matrik/ Dip/ etc dulu kita rajin, sentiasa siapkan assignment, selalu buat revision, result kompem gempak ye dop? ini kalau study pun malas, kelas selalu monteng, assignment selalu copy membe *ehem* , memang tak ke mana la result nya kan.

cuba korang bandingkan diri korang dengan kawan2 yang dapat masuk universiti yang top2. apa bezanya korang dengan dia. now nampak tak tahap kelayakan korang dekat mana?







2. Terima Kenyataan


cukup lah dengan menangis tu. benda dah pun jadik. dulu time suro belajar takmau. asyik nak berjimba nak bercintan je *hambekk*


setahu aku kalau dah dapat tawaran U, memang dah tak bole ubah dah. unless kalau boleh buat rayuan dekat U berkenaan yang tu aku tak tahu lah pulak. kalau nak tukar course tu boleh diusahakan bila dah masuk U nanti bincang dengan pihak pengurusan.

pilihan terakhir, daftar IPTS ambik course yang kita inginkan.  haaa kan memang lah banyak kos nya nak membayar tu. dah tu nak menangis sangat. huh







3. Anggap Sebagai Cabaran


mesti selalu kan kawan2 mak jiran2 kampung makcik pakcik atok nenek semua tanya "dapat mana?" tensen betol nak jawab kan? lepas dah jawab tu diorang pun "ooh ...." sambil memandang ke lantai. caitts


haa dengan ketensenan tu boleh lah dijadikan bahan bakar untuk kita sahut cabaran uh. bukan la diorang mencabar. tapi bagi aku, aku rasa tercabar bila nak menjawab nya tu.

"apa kau pikir aku tak boleh buat?"
"ingat course ni takde masa depan ke?"
"universiti aku pun hebat jugak"

cuba amalkan quotes ni. lama kelamaan mesti dah tak rasa apa dah bila diorang sibuk duk bertanya. memang la hanya perasaan kita sendiri je duk pikir macam tu. tapi dengan ni lah kita boleh lebih bersemangat lagi untuk teruskan perjuangan.  fulamakk shida. *tepuk bahu sendiri*



4. Beri Peluang


dari duk menangis air mata darah dan berpujangga di fesbuk mengharapkan belas kasihan, apa kata beri masa dan beri peluang untuk kita kenal universiti dan course yang kita dapat tu.


lepas je aku masuk Unimap, aku memang takde selera langsung aih. tapi lepas dia tunjuk segala kejayaan dan pencapaian di mana pada ketika ni (2013 *seenyum sinis*) Unimap ranking duk bawah UiTM, keenam atau ketujuh kot, rasa lebih semangat sikit dari awalnya.

cuba belajar untuk menerima. and just go with the flow. tak kenal maka tak cinta kan?



5. Tukar direksi


amboi direction pun jadi direksi nak jadi apa?? haha.


kalau dulu ambik biology contohnya. tiba2 dapat pulak bidang fizik atau undang2 tak tentu pasal. kejadah apakah semua ini? tak perlu gundah. tak perlu maki hamun upu. mungkin itu yang terbaik buat korang.

plainly aku cakap aku tak suka fizik sebab menyemakkan kepala hotak aku haduii nye punn. tapi cuba lah buat yang terbaik. kalau mind set dah cakap "AKU TAK RETI, AKU BENCI" memang takkan terbukak la pintu hati korang untuk menerima sesuatu ilmu tu kan.



6. Fikir Masa Hadapan


kekecewaan mungkin akan menyebabkan kita tak semangat nak belajar. dah rasa macam it's the end of my life and i shouldn't do anything.

JANGAN.


fikirlah apa yang dah kita tempuhi selama ni. sia-sialah perjalanan pembelajaran kita kalau asyik duk fikir pasal kekecewaan kita yang satu ni. jangan biarkan perasaan tu mendominasi tujuan hala tuju hidup kita.

mungkin perkara tak jadi seperti yang kita inginkan. tapi mungkin itu yang lebih baik untuk masa depan kita.



7. Fikir Orang Yang Tersayang


mungkin sebahagian parents pun turut tak puashati merungut dan sebagainya. kenapa macam ni kenapa macam tu.


jangan lah sedih, janganlah tensen. diamkan aje. terima je walaupun pedih.

kau tahu walaupun parents kurang gemar dengan apa yang kita dapat, tapi diorang still support anak dorang, pujuk korang untuk terima hakikat mungkin ini yang terbaik untuk kita.


aku ingat lagi mak aku cakap "takpelah duduk Perlis pun (gila jauh nokharom).. tak kira lah U mana2 pun. kalau belajar rajin2 tetap boleh berjaya kan?"


time tu serius cakap memang terharu and aku percaya mungkin ini yang terbaik untuk aku. mungkin ini bukan untuk diri aku sendiri, tapi untuk buat mak ayah aku bangga dengan aku :')




8. Berusaha


belajar accouting, dapat course kaunseling. apa ni apa niiii~


stress kan? rilek brader rilek. aku faham macam mana rasanya. tapi nama kau dah pun tersenarai dalam list accepted student. nak tak nak strive aja lah sampai sudah.

mungkin scope pemikiran kita sempit time awal2. tapi percaya cakap aku, benda ni kau akan hadap untuk 3 4 mungkin 5 tahun pengajian. sampai bila nak meratap sayu nangis pelok bantal malam2, kuat monteng kelas pebenda kan?


atleast, TRY. 


try.. fokus time dalam kelas. cuba paham subjek2 course korang. get good grades. insyaAllah time tu lah keredhaan dalam hati tu datang. always set target. nak score berapa, lepas grad nak kerja apa. ALWAYS SET A TARGET.



9. Terima Sebagai Rezeki


"kenapa aku tak dapat course yang aku nak?"
"kenapa dia dapat lagi baik dari aku?"
"kenapa dunia ni tak adil?"


cukuplah mempersoalkan dan menyalahkan Tuhan dalam segenap hal. mungkin apa yang kita dapat tak seperti yang kita inginkan.

tapi ketahuilah akan dikau, sesungguhnya setiap apa yang Tuhan berikan pada kita tu adalah rezeki. dan mungkin dugaan buat kita. apa yang kita perlu buat, bersabarlah. dan bersyukurlah


sebab aku yakin, mungkin Tuhan telah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk aku. mungkin belum nampak lagi sekarang, tapi kita akan nampak kemudian hari.


daripada mengeluh seribu, ucaplah "Alhamdulillah". bukannya sukar.. kerna semana kaya atau besar.. tetap Allahuakbar. (eh eh terkarok pulak hahaha) InsyaAllah, segalanya akan berjalan dengan lancar. amin


Ku bersyukur
Alhamdulillah
Ku beruntung
Alhamdulillah
Wajburni
Alhamdulillah
Selama-lamanya


:*


Disclaimer: post ni dah dikarang berapa tahun yg lalu. tapi dah habis study baru baca balik and edit balik. kahkah typical shida. bila baca balik, baru sedar betapa bermaknanya semua ni. hope found this earlier before finishing study. I NEED THIS