Hello people!


Salam. jemah tahu blog jemah tak gojes tak maket macam blog uolls. tapi iolls tak kisah huahua. blog ni tempat kaki kaki repek dann tempat kongsi maklumat.

jemput tambah nasik, tapai tu sedap boh silakan.



Monday, April 18, 2011

Pre-Loved and New Stuff to Sell.

okay, hari tu aku ada bagitahu pasal stuff yang aku nak jual. well, sedikit intro. barang yang aku nak jual ni adalah pre-loved dan baru tetapi masih dalam kondisi yang baik a.k.a bukan hancur lebur berderai habuk pun tarak. misi aku jual ni bukan lah aku sangat terdesak nak duit, tapi cuma suka2 dan perasan macam blogshop selain daripada nak kemas2 sikit bilik ni kan.



JOM TENGOK!



saya pun seorang pengguna so tengok la sudut sisi barang ni puas2 ye :)




okay, barang pertama adalah kasut Everlast berwarna putih with brown polka dots.





okay kasut ni actually pre-loved tapi masih baru. hanya pakai twice or thrice. tapi disebabkan abang aku yang sengal konon2nya nak kemas rumah, dia bole gi letak kasut yang masih baru ni dalam plastik itam dan letak kat belakang umah. jadinya macam da bertahun dia terperap dalam tu. adess




lagipun kasut ni kecik dan menyeksa kaki ku. terpaksa let go. wuwu




ni la akibatnya bila dah terlebih berus. terkoyak pulak. sorry, people (=.=) tapi dari jauh tak obvious sangat pun. (belah kanan sahaja)




bunga tapak yang masih cantik, walaupun comot sikit. eh, kamon la. sape jugak yang nak tengok tapak kan? hee




bahagian belakang. sebagai bukti, tengok pada brand. dah puas kena cahaya matahari kan? kesiann.




saiz US: 5, UK:3, JPN:22




maklum la da lama simpan kotak tu. jadi kertas dia ada la yang berlobang2 sikit. hee




original price: RM69.90. letting go for: RM25 (including postage). harga boleh dirunding.
ingatkan nak 50% kan, tapi macam tak berbaloi pulak kasut baru tapi macam dah pakai bape tahun. tapi kondisi kasut masih ok, cuma tak seindah rupa. so diskaun 64%. hee




ni je la yang terbaik aku dapat bagi. time aku jumpa beliau ni, rupa mereka dah tak macam kasut dah. dah macam seketul tanah. tapi aku basuh 2 kali, ni yang aku dapat. kalau muat ni, aku pakai. tapi sayang, terpaksa jual. sobsob (T.T)





barang kedua pulak adalah sling bag Converse Jack Purcell berwarna hitam.



ni beli 2 tahun lepas. ingatkan nak pakai gi sekolah time form 5, tapi tak pakai pun. hee. so ni memang baru dan tak pernah pakai. cuma tahu duduk dalam bilik aku je. still with tag dan masih bau kedai. hoo~




Jack Purcell original.




straps yang lembut dan boleh di adjust panjangnya.




straps dijahit dengan baik dan tak mudah koyak. (yang putih tu bukan tali)




bahagian depan tu ada tulis 'Jack Purcell' dan ruang untuk simpan barang.




bahagian belakang pun ada jugak cuma dia takde zip.




bahagian dalam yang sangat luas. macam2 bole masuk. laptop sure muat. ada 2 bahagian tempat barang. kertas, fail or pape.




bahagian tapak beg pulak ada 4 besi tu bagi menampung berat dan tak rosak tapak dia.




kat bahagian tepi belah bawah ada lubang besi ni. untuk keluarkan angin (oh, beg kentut!) atau apa aku tak tahu la.




bandingkan dengan saiz kertas A4. that's HUGE :D




material: 80% nylon, 20% PVC. betul, bukan barang siam.




original price: RM119.90. letting go for: RM90 (FREE postage). so you just saved RM30! :D




sebenarnya da lama jugak letak kat sidebar tapi orang tak layan / tak perasan so sumbatkan je la dalam sale ni. hehee





and barang terakhir untuk dijual adalah kasut Atlanta berwarna coklat.




kasut ni pulak beli tahun lepas. beli sebelum gi Langkawi. dan da pakai sekali. tapi omaigod, ketat la pulak. sayang sangat kasut ni tapi terpaksa jual. sobsob




diperbuat daripada getah. macam kasut crocs tu la tapi yang ni Atlanta je la kan :P




bahagian dalam ada macam timbul2 tu. bagi refleksologi sikit kot. hehe




bunga tapak yang masih cantik.




bahagian belakang macam stretched sikit tapi keadaan sebenar takde la nampak camni sekali.




saiz : 37




kertas yang ni pun berlubang2 sikit. hee




original price: RM23.90. letting go for: RM15




kasut ni nampak berhabuk sikit sebab tak lap sebelum photo shoot. huu. tapi no prob. lap2 sikit, masalah da settle.






that's all for now. daripada terperap kat rumah, tak salah kot cuba jual dekat blog sendiri. tak suka pun takpe, MAYBE ada yang berminat ke kan. hope you like it. FINALLY DONE! :D




jika berminat, sila emailkan kepada saya di nshahida93@yahoo.com ataupun mesej je ke nombor 017-7510580


thank you :)



p.s: I kinda love my Sony Ericsson J10i. the picture are quite awesome ^_^


Sunday, April 10, 2011

Quick UpDATE.

Assalamualaikum..


aii.. aku pun tak tahu kenapa nak kena selalu update pasal date kitorang. padahal orang tak nak tahu pun. haha

Quick update;


April 8, karok kat Umall dengan kazen dia n awek. oh, pertama kali aku karok! hahaha. then pergi utan bandar.


Add Image
geram betul la dia ni. memang susah nak ambik gambar dia (=.=)



tengok diorang. sweet je *jeles



balik tu pun aku tak tahu kenapa nak bad mood dan majuk. mungkin kah jeles tak bertempat? haha. lalu aku menge-off henpon dan mengharapkan mesej pujukan dan ratusan miskol. tapi hampeh, dapat topup RM5 je. dia pun tak sedar aku majuk. yapadeyy xP





then buat popiah pisang dan ais krim lagi. sekarang try ais krim vanilla pulak. yummy2. KLIK SINI untuk tutorial.






coming soon. pre-loved and new stuff with cheap price to sell :)


Thursday, April 7, 2011

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan Pulak Hubungan Kami.

okay, disebabkan hari tu aku keluar dengan Boy, maka tak sempat + lupa la nak gi amek cek gaji dekat aunty tempat aku kerja ari tu. dia ada cakap kenapa tak boleh terus masuk bank, tapi kaw paham2 je la telinga aku yang problem ni kan. hee

maka esoknya pun aku gi amek ngan mak aku dan adik. mula2 aku pikir, "alah. mesti bape puluh sen je ni sebab ari tu da masuk RM200++". tapi sungguh tak ku sangka!



muka gembira dapat gaji. hehe. biasa la. budak baru bekerja.


bia aku zoom bagi korang jeles SIKIT.


tengok, Sembonia pun tahu blog aku. takkan korang tak tahu? haha. okay, fine. edit semata2 (=.=)


YESS! TWO HUNDRED SEVENTY-SIX POINT 00 bebeh! atau dalam bahasa sanskrit nya RM276.00. hehehehehe. aku pun tak sangka punya banyak tu. seminggu kerja punya gaji taw. sila menjeleskan diri anda ye. haha


aunty tu ada cakap, camne bole jadi banyak tu. time raya cina, dia double payment ke macamana ntah. kaw paham2 je la telinga aku yang problem ni kaann :D



aku baru je nak hepy2 dapat gaji dan berangan beli beg dan kasut baru, da jadi sedih balik..


adalah sorang gurl kat fesbuk ni, da lama aku rasa cam ada tak kena dengan dia. dia pena tanya aku, aku ni couple dengan Boy ke? lepas je dari tu, aku tengok status2 dia macam heartbroken je kan.

malamnya dia ada text aku. dia cerita la yang sebenar2nya. macam katanya Boy curang ngan aku la, dan dia la pulak 'gadis' tersebut. tapi da broke-up semenjak dia tahu aku gurl si Boy. aku mula2 memang macam tak caya.


nak dipendekkan cerita, aku selidik punya selidik, sampai menangis2, Boy pun terangkan yang dia tak buat semua tu. 'gadis' tu cuma reka2 cerita je sebab dia sukakan Boy, tapi Boy pulak da ada aku.


sejujurnya aku tak tahu nak caya kat sape, sebab ciri2 'gadis' tu cerita sama macam Boy. sape tak curiga kan? tapi memandangkan Boy sampai menangis nak pertahankan hubungan kami, hati aku rasa bersalah. apa yang aku buat ni?


akhirnya aku memilih untuk percaya orang yang aku sayang daripada 'gadis' yang entah muncul daripada mana. walaupun pahit, biarlah itu jadi pengajaran supaya aku tak mudah percaya kata orang DAN Boy untuk tidak berahsia dengan aku.



Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak hubungan kami kan. suatu perhubungan tentu ada pasang surutnya. ujian2 diberi adalah untuk test macam mana sayangnya korang dengan pasangan korang tu dan macamana korang nak selesaikan sesuatu perkara.








sudah tergigit, jangan pulak dibuat zip lidah tu. AWW~ ngeri nyaahh.



p.s: hehe. bie nangiiss :P tak la. kejantanan mu tak luntur. tapi sweet sebab pertahankan hubungan kita. I Love You, Bie :)

Friday, April 1, 2011

Jalan-jalan dengan Boy :)

Hari ni kua ngan my Encik. mula2 planning nak gi Umall je la kan.
dia dengan kawan dia, Epul. asal kua, ade je Epul ni. haha
sekarang da tak segan lagi da nak karok2 (diorang je la ye).



aku mula2 agak membebel sorang2. "apalah dah ada lesen pun tak reti nak amik aku kat umah. nak harapkan aku jalan sampai Umall, cair la eyeliner aku"
blablabla, baru kat Taman U ada yang menjerit dari jao.
ingatkan ada orang nak usha (oh tolong la jangan nak perasan!), rupanya Boy da tunggu kat seberang jalan dengan keta Kancil dia.
bape kali jerit baru aku dengar. lebih kurang macam tarzan da.


then gerak gi Umall. then apa lagi, terus head gi karok.
RM13 sejam. seingat aku bape ketul lagu je yang dinyanyi.
bape ketul lagu jugak kot yang aku record. Boy lak asyik duk malu2 je, padahal suara bole tahan sedap. ECEEEHH~ haha



tiba2 dia ajak gi kampung dia kat Majidee, jumpa atok ngan nenek dia.
dulu dia tinggal dengan atok ngan nenek dia. lebih kurang berbelas tahun jugak lah kan.
adess, sape tak segan. aku pun dengan malu2 kudis, aku ikutkan aje.
lama jugak la drive gi sana. da sampai tu, bersalam2an then bual2 sikit.
ada ke dengan selambanya Boy cakap dia balik bawak bini? huhu



sebenarnya malas nak cerita. singkatkan je la ea.
atok ngan nenek dia orang susah. rumah sederhana je. tapi aku tak kisah.
kitorang makan kat sana. ada jugak la adegan mencabut uban, korek telinga la. haha
lebih kurang pukul 3lebih, kitorang balik. sebelum tu ada pulak atok dia tanya "bila nak dapat cicit?" HAHA.


ingatkan da nak balik, rupanya singgah gi main snooker kat Taman U.


orang nak amek gamba die, manjang je tak nak pandang kamera. aishh



baju petak tu la Epul. single. sape nak kenal? haha :P


diorang main 2 game. 1 game Boy menang, 1 game lagi Epul menang. fair and square laa
da tu ingatkan da nak balik, rupanya gi Umall lagi sekali. diorang gian nak karok. huhu
then pegi la karok lagi sekali. tapi yang RM1 untuk 1 lagu tu. macam booth tu.

lepas da nyanyi bape ketul lagi, Boy gi beli topi baru n spec baru. aku yang pilihkan taw. hehe



ni ha' adik dia pulak yang pakai. HAHAHA. kelakar je time first tengok tapi comel dan cool macam abang dia. OOPS! :P


lepas tu baru la balik. time ni baru la dia antakan. hee. thanxx for the good day, bie :)