Hello people!


Salam. jemah tahu blog jemah tak gojes tak maket macam blog uolls. tapi iolls tak kisah huahua. blog ni tempat kaki kaki repek dann tempat kongsi maklumat.

jemput tambah nasik, tapai tu sedap boh silakan.



Tuesday, October 5, 2010

HANDS ON SUDIP - Megi goreng




Bahan2 :
  • 1 bungkus megi goreng segera (direbus)
  • 1 biji telur
  • sawi hijau
  • 1-2 biji cili padi (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang kecil (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 biji lada besar (dihiris)
  • garam secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
Cara2 :
  1. rebus megi dulu (2 cawan air dalam periuk. masukkan megi. angkat setelah separuh lembut). asing kan.
  2. panaskn minyak masak. masukkan bawang putih dan bawang kecil dan goreng hingga naek bau. kemudian masukkan pulak lada besar.
  3. masukkan perencah megi goreng.
  4. masukkan telur dan kacau.
  5. masukkan sawi dan masak hingga ia jadi layu.
  6. masukkn megi yang da direbus tadi. masukkan kicap dan watever yang ade lam paket megi goreng
  7. kacau hingga sebati dan tambah sedikit garam.
  8. hidang dalam pinggan dan tambahan telur mata/timun/tomato - sedap jugak.


khas untuk korang yang pemalas n simple macam aku. hoho. malam2 bute da lapo sangat bole la masak meggi ni. ni yang aku masak. rasenye oke la. bole dibanggakan. agaga~

No comments:

Post a Comment