Hello people!


Salam. jemah tahu blog jemah tak gojes tak maket macam blog uolls. tapi iolls tak kisah huahua. blog ni tempat kaki kaki repek dann tempat kongsi maklumat.

jemput tambah nasik, tapai tu sedap boh silakan.



Friday, January 25, 2013

Blog Yang Baik

Assalamualaikum



amboi baik ke aku ni? *tiba2*


aha berkenaan dengan tajuk di atas, nak bincang sikit lah pasal blog yang boleh dikategorikan sebagai 'baik' ni. aku bukanlah blogger kental dan follow blog tiap masa. ini hanyalah dari pendapat aku je

#take note ini adalah untuk 'blog yang baik', bukan 'follower yang ramai'. oh you know why :3



Tips Untuk Blog Yang Baik



1. Berinformasi


blog yang mempunyai banyak maklumat boleh di kategorikan sebagai blog yang baik. dengan maklumat ni kita boleh berkongsi info dengan readers, samada menyelesaikan masalah atau cuma pengetahuan am.

kadang aku baca, entah apabenda dia bercerita. tajuk macam gampang nak huha huha kat orang nih. lepas tu ending macam hampeh dan tak sampai.

banyakkan buat revision. dapatkan sumber yang betul. kalau duk berkarang tanpa tahu ketelusan usul berita, lebih baik tak payah story. sebab kemungkinan korang akan dapat maki hamun dan mendungukan diri sendiri. paling tak pun penambahan stok dosa.



2. Tak Banyak Berbual


benda ni aku perasan bila tengok video2 dekat youtube. kadang bila aku bukak video yang aku nak tahu, dia lebih banyak berbual. lama2 aku rasa, apa yang kau merepek ni syaitaannn??!

aplikasikan balik ke dalam penulisan blog, aku lebih suka sesuatu yang simple dan short tapi penuh informasi dan straight to the point. takyah nak bermadah sangat. jenuh tau tak



3. Dekorasi Yang Sesuai


blog aku ni takde lah sempurna. tapi bagi aku, aku suka blog yang tak nampak serabut sangat. ni dengan link bagai, iklan, chatbox 3 4 bijik, lagu korea segala, tulisan berseni tahap harakat memang cam harom la aku nak baca tuh.


sebab kebanyakan orang bukak blog kita untuk DIORANG BACA. jadi permudahkan la readers ni untuk membaca. jangan duk semak sangat dengan extras yang fungsi dia hanya nak meletup2 gojes2 kan blog, sampaikan duk menyemak mata si pembaca dan akhirnya babai begitu sahaja sobsob


you know. less is more. aplikasikan tu



4. Followers


haa yang ni aku tak bole nak berdebat la sebab followers aku bape kerat je. *sobs*


secara teori, lagi banyak follower, lagi hebak la blog tu. atau lagi fofuler la blogger tu


tapi bagi aku, aku tak kisah semua tu. *ehem. nak pertahankan diri ke cik kak* kau diam pe'ahh!!

aku sejujurnya memang kurang rajin nak blogwalking dan tinggalkan link memaketkan blog di pesbuk twitter dan sebagainya. tapi bila aku tengok balik pageviews post, ada yang sampai mencecah 1000++ sedangkan follower aku cuma lah 50 orang je. tsk tsk





so boleh lah dirumuskan di sini yang follower yang banyak tu belum tentu lagi baca blog korang. mungkin hanya follow untuk tambahkan follower diorang balik. mungkin *terasa tak? harhar*

apa yang penting, informasi yang ingin disampaikan tu dapat menarik perhatian ramai pembaca. tu dah cukup sebenarnya



5. Bersopan


agak sadis bila terjumpa blog yang duk meluahkan perasaan diorang lah agaknya. lalu memaki hamun dengan bahasa yang kurang sopan di dalam entry.

tahukah anda para pembaca ni adalah dalam lingkungan usia yang berbeza? ada yang muda dan ada jugak yang tua. entah2 budak2 ke yang duk baca, tak ke terikut2 nanti?


bahasa mencerminkan diri kita.
kalau kita cakap baik2, dapat la feel macam gud2 sikit walaupun cuma hanya dalam penulisan. tapi kalau dah keluar segala kata2 busuk tu semua memang nampak sangat la kita ni kurang kesopanannya. kita kan orang timur. budi bahasa budaya kita :) feewitt~



6. Gambar Menarik


tahukah anda? *tak tahu* weyy!!


mata kita akan lebih tertarik bila adanya gambar2 yang menarik. macam teransang2 gitu bzztt2 neurones nya. amboi.


cuba selitkan beberapa gambar untuk menambahkan minat sang pembaca. kalau asyik tulisan je memanjang naik bosan jugak kan. lain la kalau cerita memang gempak tahap titanic.


okey sebagai contoh,

ada dua gambar ni. cuba korang bandingkan. gambar mana yang korang rasa lebih tertarik untuk tengok.



gambar 1






gambar 2






erk. nampak kan? walaupun gambar yang hampir sama, mata dua2 warna merah. tapi masing2 beri impak yang berlainan.


so motifnya di sini, dalam pemilihan gambar, kena la bijak memilih. kang tak pasal2 gambar yang korang taruk dekat blog tu jadi mimpi ngeri aih dekat readers. gambar berangan tak hengat ke, seksiyy terlebih opps nya pun kann atotoo



7. Cara Penulisan


haa jika anda seorang yang skema dot dan very la straight to the point aku ase macam nak pukul2 je, mungkin korang boleh insertkan unsur2 jenaka dalam penulisan.


ni bukannya cuma menambahkan minat pembaca, malah akan kekalkan konsentrasi pembaca dalam meneruskan pembacaan.

seriously, aku pernah baca balik post2 lama aku. tak sanggup nak baca sebab terlalu panjang dan plain dan berbual kosong dan dan dann ... hah. tu pun korang rasa meluat dah kan?


bukan maharaja lawak nak buat lawak segala? okay mungkin korang boleh gunakan bahasa yang ada bunga ada umph sikit bagi tarik minat pembaca. aku nampak penulis yang pandai berbicara dalam menulis adalah sangat berbakat. hurmm adore~



straight is boring. go belok2 sikit. namun awas, depan ada bonggol



8. Buat Revision


kalau korang nak lebih gempak terbabom lagi, apa kata korang rajinkan diri mem-blogwalking. dengan ni korang boleh tengok blog2 lain yang baik dan mana yang oops. serap mana2 elemen yang membantu korang dalam penghasilan blog yang baik.


TETAPI ....


janganlah pulak korang tiru sebijik seketul intipati blog orang lain. tak syok woo.. kita buat penat2 sonok2 je dia pi tiru copy paste. lepahtu claim yang tu sendiri bikin. banyak cantik muka ang. garu nak?



9. Cara Tersendiri


haa maka dengan itu, adalah lebih baik kalau kita buat gaya penulisan tersendiri.


kalau kita boleh tengok, blogger2 terkenal macam Fatin Liyana, Maria Elena, Cik Epal, Irene Nadia dan sebagainya, diorang ada gaya penulisannya yang tersendiri. tu yang membuatkan diorang lain daripada yang lain.


so cuba selami swim2 dalam diri korang, korang ni jenis orang yang macam mana. tak perlu pura2 jadi orang lain semata2 nak blog macam daebak. tapi kalau korang selesa dengan cara macam tu, what else can I say?



10. Mesra Alam


mesra alamaks? always sempurnakan blog dalam komunikasi 2 hala. tulis macam duk berbual dengan pembaca. jangan duk tulis khayal sorang2 macam berbual dengan spender, memang tak jalan.

beri ruang untuk pembaca berkomunikasi. tanya pendapat.walaupun tak dapat respond, pura2 macam ada. *huhu sedihnyew awok*




*********************************************************************************


haa dan sekian saja lah tips yang dapat diberikan. tak amik dari mana2 cuma apa yang terlintas dalam kepala je takat ni. cukup seploh kan? muahaha jenuh aih


harap tips ni boleh la sedikit sebanyak membantu dalam proses making a better blog yee. kalau ada tips2 lain cer kongsi kat comment. nak jugak tahu :)




SALAM. xoxo


No comments:

Post a Comment