Hello people!


Salam. jemah tahu blog jemah tak gojes tak maket macam blog uolls. tapi iolls tak kisah huahua. blog ni tempat kaki kaki repek dann tempat kongsi maklumat.

jemput tambah nasik, tapai tu sedap boh silakan.



Saturday, May 26, 2012

Selamat Hari Ibu .. dan Hari Guru!

Assalamualaikum kasih ...


jadah apanya kejap cinta, kejap kasih. sawan barbie ke apa. ahaa bawak bertenang anak2.. sila lah bagi peluang nak gedik2 aww awww~ sikit :p


oke, berbalik pada topik.

hari ibu sangatlah terlepas ye. apatah lagi hari guru. tapi aku malas la nak tulis entry banyak2 ni. penat, korang tahu aku kan. buat apa semua penat. mak aku mintak tolong buatkan kerja sikit untuk dia pun berhari2 kau .. tapi kalau layan troll sampai pukul 3pagi boleh pulak ekekeke sorang2 dalam bilik =B ekceli post ni ditulis sebelum hari ibu. namun baru publish ari ni. nampak tak delay dia tu? herherher~






serious, function gileee binatang ni. muka dia sangat tak bole, macam lepas kena langgor treler je. macam nak kena lempor ngan anjing liar. buat gua pecah usus kecil hoh




oke, cukup pasal tu!


berbalik semula pada topik. (bape kali daa~) oke, serious (=.=) hari tu ada sale dekat Jusco. untuk Hari Ibu  ler teww.. aku dan adikku selambe noneng habiskan duit mak aku. oke, yang tu tradisi. heh


mak beli handbag baru. 
oke, aku planning ngan adik aku kitorang akan bayar separuh2 nanti. konon2 hadiah Hari Ibu gituww; which pilihan mak aku sendiri tanpa dia sedari. sweet kan?


                

muehehehe. malu la saya~ *pang!*


lepas balik .....

tetiba ... takde pun yang nak pi hulur duit dulu. masing2 diam macam takde pape berlaku. nampaknya terkandas macam tu je misi kitorang. last2 tak bayor pun. tanam tebu tepi bibir je. hahahahaha~ kejam kan hamba ni. hehehe x)



malam tu...

rasa bersalah la kan, sebab mak aku suruh buat kerja dia tapi takdenye nak buat. lalu turun lah hidayah, capai lah nur, untuk aku siapkan kerja yang diberi *sila tepuk tangan seratusenambelas kali (~o~) first2 macam tensyen je tak reti buat. macam nak fedap je. tapi demi mak aku, aku sabarr.. aku buat research sikit. cilok gamba sana sinun sikit, sap sap sap. DAH (98%) SIAP!


ahaa ni la hasilnya.. mempersembahkan ... *dumdumdumdumdum*










































TADDDAAAAA~~!!!!








hihihihihi. apalah sangat kerja aku ni kan. simple je pun (nak siap cepat lah kan. haha)


aku pikir senang la sangat buat mende alah ni. rupanya hampir meragut jiwa dan ragaku, seksa mak noks (>.<) tapi Alhamdulillah dah siap, walaupun da penat balik konvo, penat jaga Ariq - kanak2 buas, even mengambil masa sampai pukul 3pagi pun, saya tak kesah. untuk chek saya tercinta <3 *cecehh, sekarang baru nak cinta2. hahahaha




sapsupsapsupsapsupsapsupsapsupsapsupsapsupsap
*bagi effect pening sikit. herher





tiba lah hari tersebut, Hari Guru yeob. 


aku mengharapkan brochure tersebut came out to be, .. as I wanted. tapi mak cakap cikgu (sape tuu) ada adjust2 sikit.






lalu akhirnya ... hurm ... LAME (=.=) takpelah. asalkan tugas aku dah selesai di situ kan







bila bercakap tentang Hari Guru, mesti terbayang-bayang hadiah kan. well, mak aku ada la dapat beberapa. bunga lah (akhirnya layu), buku lah and selain. tak sempat intai. herher.. and most are CUPCAKES! dan yang seronoknya adalah dari cikgu-cikgu sendiri. hakhak :D



Hari Ibu ; I Love You, Chek. maaf segala kekhilafan diri
Hari Guru ; I Love You, Teachers and Lecturers. you brighten my future path 



jaga diri. Assalamualaikum ..  :)



Sunday, May 6, 2012

Kembali Menulis

Assalamualaikum cinta ...


amboi cinta bagai. almaklum la kita ni da lama gilaaaa tak menulis kat blog ni. nasib sempat je sembur anti reput dulu. *stop merepek shida =.=


ahaaa, howdies yugaisss? :) rindu sangat nak menulis kat sini. cik dashi ni haa baru je tamat pengajian at Kolej Matrikulasi Johor. terbaring sambil dengar lagu zamani "Tuhan saja yang tahu, perasaanku. berperang dengan suasana..." (~o~) rasa macam baru hari tu post entry, tanya pendapat nak masuk matrik or u, tiba2 dah habes. dahsat I tell u



everything runs well ... nope! =.= takleh tipu la. seriously kinda menyesal pulak masuk situ. seriously kid, (ayat macam pesan kat budak2 junior kunon) matrik life memang compact. assignments, lab reports semua macam bertimbun. padahal masa memang cukup kalau nak siapkan. tapi depends pada diri masing2. kalau kau rajin, settle la semua tugasan. kalau pemalas hangit macam aku ni, hidup memang lah tak senang duduk. hidup tensyen je. padahal masalah punca dari diri sendiri. hahaha - oke, not funny.



hari tu baru final exam. April 26 tamat semua. jujur cakap memang study last minute and tak sempat pun nak cover semua. time tu rasa tensyen tahap otak nak terkeluar dan jantung nak berhenti berdegup. berapa hari weii aku takleh tido, memikirkan kerisauan tak cover semua. hahaha padan la muka kan. bangun dan jalan aku cuma bergantung pada minyak kapak je - HERO (~o~) kalau tak memang terbenam je la bawah katil kan. result tu aku berserah n pasrah je la. uhuu (T_T)




 
wif roommates tersayang; Nurul Atiqah n Aminah Farhanah



praktikum MS31. they rockk!



kawan hebak; Siti Hawa Munirah n Musfirah Amira



sedih sangat nak tinggalkan semua kenangan yang tercipta kat situ (walaupun hidup sengsara ye anak2). walaupun kurang setahun kitorang kenal, tapi rasa bond tu macam kuat sangat. tambah pulak hati aku yang mudah tacink ni (isk2), memang mengalir la air mata aku ni. padahal yang lain ilek je. hahaha - syok sendiri =.=


oke, t next time kita cite lagi k. kenangan ni tak cukup untuk satu entry je. korang nak baca ke tak suka hati mak jemah la kan. miahahahaha

till then, xoxo


Monday, November 14, 2011

About Him.

Assalamualaikum..




hola heyy. lama sungguh sampai dah berkulat blog ni aku biarkan. hump, maap maap. busy je manjang! cehh, busy ler sangat :P



hem. kalau korang yang betul2 follow blog ni, mesti korang tak tertipu akan muslihat ku. post pasal raya tu baru je post takdi tapi tarikh September. huahuahua. ala bagi la can tipu sekali-sekala. heh

oke, post tu memang da tulis time bulan 9, tapi tak sempat habis so post je la ari ni kan. alaa sama je la tu kan kan kann? hihi =3



oke, berkenaan pasal title of this post. pe jadahnye ni? nak mintak penampar free bapak aku ke?




kalau dulu dekat sidebar ada benda alah sweet2 poyo ni, sekarang dah takde dah :) apa senyum2? sedih+caket aty taww ;(


mungkin lumrah pasangan bercinta. setiap pertemuan tentu ada perpisahan. mungkin kita takde jodoh. dah berapa kali saya cuba pertahankan hubungan ni tapi sekarang da tinggal nyawa2 tapir je.


dan yang paling seronoknya, aku decide perpisahan ni on my birthday, Sept 16. yes, my bufday. perfect gift kan? :)


punca perpisahan tu biarlah kami dan Tuhan saja yang tahu (dan orang2 yang aku da cite. hah!)




ni dekat page facebook dia. Yaya Ieya tu mem aku, dan dia tahu cite sebenar. haha, terbaik la anda ;)



walaupun lepas kitorang dah broke-up, tapi kitorang still contact. eh, rindu kot. tapi gitu2 je la. dia still pujuk rayu nak get back macam dulu, tapi aku cuma .. mampu diam je.



hari tu berderet 4 hari aku keluar dengan dia. cehh kaw ni, nak jugak kan!

----------------------------------------------------------------------

FIRST DAY, dia amek aku kat umah akak aku. pakai je la apa yang ada kan. huu. dengan mem dia 2 orang. then karok2 kat Umall. memang tak mampu nak layan dia macam dulu lagi. nak romantik2, tapi segan ah. tapi kadang ada je dia mula kan dulu.

then gi amek lemang kat tempat makcik dia. hey, esok raya! hikhik. lepak Pak Ali jap makan abc. lepak2 kat dapur, tengok diorang siang siput. hehe. then balik umah Boy, anta mama n lemang. after all, seronok :)

malamnya, dia pujuk aku lagi. dan .. masih diam.

-------------------------------------------------------------------

SECOND DAY, Hari Raya Haji. aku berbaju kurung hijau berjalan sendiri gi Jusco. then jumpa dia and others kat sana. makan2. then pergi umah atok dia kat majidee. kelakar tau diorang. hikhik. balik tu, gi Umall. karok lageii.. pastu balik.


and hari tu, dia dah lain ..

dia dah tak macam dulu lagi. dia layan aku macam aku ada tak ada. pedih sangat hati ni. dia mintak maaf, dia taknak berharap sangat dah. sebab dia tahu aku dah tak dapat terima dia balik.. tapi aku rindukan dia! :(

--------------------------------------------------------------------

THIRD DAY, mungkin disebabkan aku asyik mention cara dia layan aku, dia ajak aku keluar lagi sekali. hari ni dengan family dia pulak. makcik dia dari Singapore datang, nak belanja main bowling sebab hari tu bufday dia. keluar time tu pun dah pukul 4petang.


then pergi angsana, main bowling. mulanya aku cakap taknak, sebab aku main memang ke longkang je la kan. then dipaksa jugak oleh Boy. main je lah kan.
game pertama memang haram, ke longkang je jadah bola ni. takleh nak bertolak ansur langsunn! game kedua aku bangkit. kalahkan Amin, sepupu Boy. heh2, thanx for the trick ;)

then makcik dia belanja PizzaHut. kitorang makan spaghetti and pizza. ada lagi 1 citer bikin gua bacin ngan Boy ni. walaupun da lama lepas., duhaii~! balik memang malam gila la. pukul 10 lebih kot! tapi memang seronok. seronok sangat, sebab Boy da layan aku ngan baik. even sangat baik :)

-----------------------------------------------------------------------

FOURTH DAY, hari ni Boy da nak balik PLKN. tiba2 letrik umah dia takde. terpaksa la mintak tolong aku iron kan baju dia. hikhik. takpe, no hal. small matter je.

then amek adek n mem dia, gi karoks lagi kat Umall. not much, then balik. saje lah kot jumpa for last time :)

----------------------------------------------------------------------


on 3am, lepas balik dari hari yang ketiga tu, dia post ni kat wall aku..





tengok lah. aku masih diam .. aku tak tahu nak balas apa. takleh tipu aku masih sayang and sangat rindukan dia. tapi .., takut at the same time. biarlah Tuhan yang menentukan segalanya..



dan mungkin jugak atas sebab lain.. nampak post Nov 5 oleh sorang mem tu? ekekekekeke. citer lain post pulak ye yang tu ;P




Great passions, my dear, don't exist: they're liars’ fantasies. What do exist are little loves that may last for a short or a longer while.
-Anna Magnani


Relationships are like glass. Sometimes it's better to leave them broken than try to hurt yourself putting it back together.
-Unknown Author



Do God leads me to the best way. Amin..


Saturday, September 10, 2011

Rocking On September!

Assalamualaikum ..


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN :)



aku tahu da lambat nak ucap tapi shaddap lu. hehe. ala, baru raya ke sebelas kan kan kann.


di sini nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa kee, tergossip kee, terbuat korang termuntah baca entry kat sini ke kann, harap ampunkan la ea. tak sengaja :)




ahah! ada bakat modelling tak kitorang? huahuahuahuaahaktuih!




tudung indon ni semua disponsor ncik tudung biru tu. ekeke




apo kono raya dengan tanduk kambing neh?! okay2 chill. hentikan cubaan menelefon polis nak report aku ni pembunuh bersiri, oh tidaak. sebenarnya time raya kedua, family wat kenduri sebab mak nazar, kalau abang dapat kerja, kambing die you go :)




breakfast, oh macam heaven X) nasi goreng, mi hun goreng, kek pisang, tapai pulut, ketupat. waduh2, aku maw pulang ke waktu itu donkk~



with adik dan sepupu.



"oh abe.. sapa hati wak muko tok sudi"







wee~ to the windd.


and they can rockk too ;)









usah tertipu dengan lakonan mereka. ahah! :P



me love my mommy :) dengan anak akak, MIA boncet!


balik tu stay Bukit Gambang Resort City, lagi! yeahh~


wit2 kat beg baru kale pink tu. hihihihi






lepas tu balik KMJ. macam sedih je kena tinggal kat situ. sobsob ;(



tak ingat tarikh, tapi budak2 sekelas duk planning buat bufday party.



celebrating September babies. hehe. from left; Hidayah, ME, Ariff (ketua praktikum), n Milah.




hebat tak hebat kek yang mentor kitorang belikan ni. ni hasil pemberian budak2 praktikum kitorang. aww~ lebyugais




terlebih eksaited puloks. eheh




ada jugak mi hun goreng. + buat jamuan raya sekali. masing2 bawak biskut raya. wehoo~



wewitt sikit kat budak2 cun ni. ahaks, terkombang2 hidung mereka. from left; Fairus, Hawa, Mucy.





okay, sampai sini saja.
BYE-BYE! :)



xoxo

Sunday, August 28, 2011

Had A Wonderful Day :)


Assalamualaikum ...


sekarang ni tengah curik2 update sebelum packing2 nak balik Kelate esok. yipee~!



hari ni hari yang memenatkan, tapi serunokkss! :)


mula2 planning nak buka kat Umall je ngan boy. tiba2 je program bertukar pulak. dari Umall, ziusshh ke City Square; ke tengah2 bandar pulak. aku pun, okeh la. watever lah bebeh. hehe.


kitorang pun jalan2 la kat sana. dengan adik, dan sepupu2 dia., macam biasa.


mula2 tak tahu jugak nak gi mana. rupanya pergi Pasar Bumbong ke Menatangapa Bumbong. haha. tak ingat la namanya. tapi macam garage sale buat dekat rooftop la.

hebak dan comel2 sangat kedai2 kat situ. kebanyakan jual barang2 vintage. eg: baju, kasut, accessories n much more. sayang tak amik gambar (sebab takut macam jakun). haha









lebih kurang macam ni la tapi diorang kecil2an n more to self grown kot. + lagi comel. argh! geram sungguh macam nak beli je barang2 kat situ takdi. owl necklace sangat lah bersepah ;(



then bersepah2 je la pergi. last2 dah terlambat. food court, restoran semua da penuh ngan manusia, ready untuk berbuka. kitorang je la terpinga2 duk carik kat mana nak makan. pusing punya pusing, dah dalam pukul 8 lebih gitu, baru la berbuka kat McD.





Alhamdulillah - GCB. alah, tapi takde la sedap sangat pun. nampak sangat baru first time makan. kihkih.


then pusing2. boy ingatkan nak gi Bazar Karat, beli seluar. tapi memandangkan mak aku suruh balik cepat, terpaksa la dia merelakannya punn. cian dia. sorry Bie :(


tiba2 terserempak dengan orang yang "eh, aku macam penah tengok la dia ni!" hehe. rupanya member2 lama kat tempat tuisyen dulu.





Cik Teha and her bestie, Fiza / Aemon. eeei~ geram betul ngan 2 orang budak comel ni. macam nak cubit je sorang2. ekeke. sorry, had a hard time remembering Fiza's name. huhu xP datang2 je diorang panggil "Pinky!" haha. bual2 sikit, how's life.






hah, korang kalau pergi Bazar Karat kat bandar JB, jangan lupa singgah kat gerai diorang okay. diorang jual shawl yang cantik2. ada pashmina, ada shawl silk yang macam Hana Tajima pakai tuu~ singgah n borong banyak2 k! sorry, babe. tak dapat nak singgah gerai korang takdi :( rindu sangat dengan korang. muahmuah! xx



lepas tu kembali ke pangkal jalan.. berdiri ngan boy. pastu ternampak satu adegan panas; drama di tengah bandar.


--------------------------------------------------


ada lah satu pasangan kekasih muda ni tengah berjalan. memeluk pinggang bajet romantik lah tu. entah kenapa agaknya tiba2 si jejaka naik berang, lalu mencampakkan makanan yang berada dalam tangan si gadis itu.


aku pun, "waddefish? apa yang berlaku ni?" - nampak sangat macam cik kiah. hee. tak berhenti sampai situ. laki tu naik hantu agaknya. dia tolak gurlfie nya lalu menyepaknya di punggung aweknya macam tendang bola, Chelsea menang 3-1 takdi. okay, takde kaitan.. aku dalam hati "wat the hell? apa bangkai punya jantan ni?"


gurlfie nya pun menjerit. lalu naik berang jugak, pergi dari situ. si jantan berguna tu kejar awex nya. boleh pulak nak sambung peluk pinggang. si awex tu lepaskan tangan dia, pastu si jantan tu tarik rambut aweknya yang panjang ikal (lah sangat) tu.


orang ramai semua tengok. tak pasal2 je lah buat free show kat situ kan. boy aku cakap "lantak diorang lah" hikhik. tak lama kemudian, pasangan tu patah balik. jelas si gadis tu dah naik hangin ngan jantan tu. jantan tu duk ikot je kat belakang.


aku harap lah dia mintak putus dengan si jantan berguna tu. heh. mana tak nya. bikin malu; naik hantu di khalayak ramai. pastu selamba dang je pukul, tarik rambut. bayangkan je la kalau dah kawin macamana kan?



hah! da penuh ruang bergossip di situ. haha. bukan nak mengaibkan diorang. cuma nak berkongsi sketsa manusia. semoga dijadikan pengajaran lah ye ;)



p.s: time nak balik tu, boy tanye. "bila kita nak kahwin ek?" haha. entah pape je la bie ni :P <33