Hello people!


Salam. jemah tahu blog jemah tak gojes tak maket macam blog uolls. tapi iolls tak kisah huahua. blog ni tempat kaki kaki repek dann tempat kongsi maklumat.

jemput tambah nasik, tapai tu sedap boh silakan.



Tuesday, August 16, 2016

Terima Tawaran IPT

Assalamualaikum ...




Langkah Mengatasi Kekecewaan Dari Keputusan UPU



1. Sedar Diri


hah ambik kau. step pertama dah suruh sedar diri. memang rasa nak laju2 tutup blog ni lalu nak buat report polis nak failkan saman akibat diri yang tersentap2 kan. hahai..


tapi memang betul.


cuba kita reflect balik diri kita. apa yang kita dapat, dengan apa yang kita beri. kalau time SPM / Matrik/ Dip/ etc dulu kita rajin, sentiasa siapkan assignment, selalu buat revision, result kompem gempak ye dop? ini kalau study pun malas, kelas selalu monteng, assignment selalu copy membe *ehem* , memang tak ke mana la result nya kan.

cuba korang bandingkan diri korang dengan kawan2 yang dapat masuk universiti yang top2. apa bezanya korang dengan dia. now nampak tak tahap kelayakan korang dekat mana?







2. Terima Kenyataan


cukup lah dengan menangis tu. benda dah pun jadik. dulu time suro belajar takmau. asyik nak berjimba nak bercintan je *hambekk*


setahu aku kalau dah dapat tawaran U, memang dah tak bole ubah dah. unless kalau boleh buat rayuan dekat U berkenaan yang tu aku tak tahu lah pulak. kalau nak tukar course tu boleh diusahakan bila dah masuk U nanti bincang dengan pihak pengurusan.

pilihan terakhir, daftar IPTS ambik course yang kita inginkan.  haaa kan memang lah banyak kos nya nak membayar tu. dah tu nak menangis sangat. huh







3. Anggap Sebagai Cabaran


mesti selalu kan kawan2 mak jiran2 kampung makcik pakcik atok nenek semua tanya "dapat mana?" tensen betol nak jawab kan? lepas dah jawab tu diorang pun "ooh ...." sambil memandang ke lantai. caitts


haa dengan ketensenan tu boleh lah dijadikan bahan bakar untuk kita sahut cabaran uh. bukan la diorang mencabar. tapi bagi aku, aku rasa tercabar bila nak menjawab nya tu.

"apa kau pikir aku tak boleh buat?"
"ingat course ni takde masa depan ke?"
"universiti aku pun hebat jugak"

cuba amalkan quotes ni. lama kelamaan mesti dah tak rasa apa dah bila diorang sibuk duk bertanya. memang la hanya perasaan kita sendiri je duk pikir macam tu. tapi dengan ni lah kita boleh lebih bersemangat lagi untuk teruskan perjuangan.  fulamakk shida. *tepuk bahu sendiri*



4. Beri Peluang


dari duk menangis air mata darah dan berpujangga di fesbuk mengharapkan belas kasihan, apa kata beri masa dan beri peluang untuk kita kenal universiti dan course yang kita dapat tu.


lepas je aku masuk Unimap, aku memang takde selera langsung aih. tapi lepas dia tunjuk segala kejayaan dan pencapaian di mana pada ketika ni (2013 *seenyum sinis*) Unimap ranking duk bawah UiTM, keenam atau ketujuh kot, rasa lebih semangat sikit dari awalnya.

cuba belajar untuk menerima. and just go with the flow. tak kenal maka tak cinta kan?



5. Tukar direksi


amboi direction pun jadi direksi nak jadi apa?? haha.


kalau dulu ambik biology contohnya. tiba2 dapat pulak bidang fizik atau undang2 tak tentu pasal. kejadah apakah semua ini? tak perlu gundah. tak perlu maki hamun upu. mungkin itu yang terbaik buat korang.

plainly aku cakap aku tak suka fizik sebab menyemakkan kepala hotak aku haduii nye punn. tapi cuba lah buat yang terbaik. kalau mind set dah cakap "AKU TAK RETI, AKU BENCI" memang takkan terbukak la pintu hati korang untuk menerima sesuatu ilmu tu kan.



6. Fikir Masa Hadapan


kekecewaan mungkin akan menyebabkan kita tak semangat nak belajar. dah rasa macam it's the end of my life and i shouldn't do anything.

JANGAN.


fikirlah apa yang dah kita tempuhi selama ni. sia-sialah perjalanan pembelajaran kita kalau asyik duk fikir pasal kekecewaan kita yang satu ni. jangan biarkan perasaan tu mendominasi tujuan hala tuju hidup kita.

mungkin perkara tak jadi seperti yang kita inginkan. tapi mungkin itu yang lebih baik untuk masa depan kita.



7. Fikir Orang Yang Tersayang


mungkin sebahagian parents pun turut tak puashati merungut dan sebagainya. kenapa macam ni kenapa macam tu.


jangan lah sedih, janganlah tensen. diamkan aje. terima je walaupun pedih.

kau tahu walaupun parents kurang gemar dengan apa yang kita dapat, tapi diorang still support anak dorang, pujuk korang untuk terima hakikat mungkin ini yang terbaik untuk kita.


aku ingat lagi mak aku cakap "takpelah duduk Perlis pun (gila jauh nokharom).. tak kira lah U mana2 pun. kalau belajar rajin2 tetap boleh berjaya kan?"


time tu serius cakap memang terharu and aku percaya mungkin ini yang terbaik untuk aku. mungkin ini bukan untuk diri aku sendiri, tapi untuk buat mak ayah aku bangga dengan aku :')




8. Berusaha


belajar accouting, dapat course kaunseling. apa ni apa niiii~


stress kan? rilek brader rilek. aku faham macam mana rasanya. tapi nama kau dah pun tersenarai dalam list accepted student. nak tak nak strive aja lah sampai sudah.

mungkin scope pemikiran kita sempit time awal2. tapi percaya cakap aku, benda ni kau akan hadap untuk 3 4 mungkin 5 tahun pengajian. sampai bila nak meratap sayu nangis pelok bantal malam2, kuat monteng kelas pebenda kan?


atleast, TRY. 


try.. fokus time dalam kelas. cuba paham subjek2 course korang. get good grades. insyaAllah time tu lah keredhaan dalam hati tu datang. always set target. nak score berapa, lepas grad nak kerja apa. ALWAYS SET A TARGET.



9. Terima Sebagai Rezeki


"kenapa aku tak dapat course yang aku nak?"
"kenapa dia dapat lagi baik dari aku?"
"kenapa dunia ni tak adil?"


cukuplah mempersoalkan dan menyalahkan Tuhan dalam segenap hal. mungkin apa yang kita dapat tak seperti yang kita inginkan.

tapi ketahuilah akan dikau, sesungguhnya setiap apa yang Tuhan berikan pada kita tu adalah rezeki. dan mungkin dugaan buat kita. apa yang kita perlu buat, bersabarlah. dan bersyukurlah


sebab aku yakin, mungkin Tuhan telah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk aku. mungkin belum nampak lagi sekarang, tapi kita akan nampak kemudian hari.


daripada mengeluh seribu, ucaplah "Alhamdulillah". bukannya sukar.. kerna semana kaya atau besar.. tetap Allahuakbar. (eh eh terkarok pulak hahaha) InsyaAllah, segalanya akan berjalan dengan lancar. amin


Ku bersyukur
Alhamdulillah
Ku beruntung
Alhamdulillah
Wajburni
Alhamdulillah
Selama-lamanya


:*


Disclaimer: post ni dah dikarang berapa tahun yg lalu. tapi dah habis study baru baca balik and edit balik. kahkah typical shida. bila baca balik, baru sedar betapa bermaknanya semua ni. hope found this earlier before finishing study. I NEED THIS



Tuesday, April 28, 2015

Permulaan

Assalamualaikum..



                   Hai awaaa~ lama tak jumpa. haritu kita private blog sebab ada orang tu curik2 stalk kita ah. nyampah *fliptudung*



hihihi gedik ngat tajuk nya pun haktuihhhh



so I met this guy. knew him since first year. mesej2, wasap2. jumpa pun kadang2 tu pun sebab nak ambik barang. paling lama 5 minit. GILA KAU TAK SEGAN. kita ni kan penyegan orang nyewww  *tersipu-sipu*



unplanned.

"oi belanja ah" "beress.. esok"


when you say esok, i'll come esok. walaupun dalam hati berdebar macam nak mampus. banyak persoalan dalam hati ni

"kau yakin ke shida? nanti kalau dia tak suka kau macamana? nanti apa pulak orang kata? nanti balik mesti dia menyesal"

pengakhirnya aku diamkan semua. lantak lah apa nak jadi. nike kata just do it. tak cuba tak tahu kan?







26 Nov 2014. tarikh ni ni niiiiiii spontan, bedal, krik3, gedik


makan dekat kuala perlis. dia belanja muehehehe. lepastu jalan dekat ekspo. pakai baju pergi kelas petang tadi bawak sampai ke malam. memang masem lah gamaknya. 


jalan pergi KFC. redah jeeee orang nak belanja ni oiii hahahha


I could say it's the hardest goodbye. dah lama tak keluar macamni. balik terus rindu *tutup screen*


and till today, kita masih keluar. more often.. takde dah rasa malu.. buat muka buruk, buat lawak bodoh tapi gelak macam lawak gila, kentut depan dia dah jadi rutin kahkahkahkah



well any day now. be confident, take chances. be you, and most of all; LOVE YOURSELF :)





Saturday, November 1, 2014

Do You Really Have to Do This?

Assalamualaikum..


hmm.. nak cerita berapa terasanya hati.


judge me by my past. if that what you want, then take it.

sejarah aku kelam. juga tak punya hadapan yang terang.

hak kau untuk tempatkan aku di mana. aku sedar rendahnya aku. tak apa..


tapi bila kau persoalkan sejarah silam aku yang pahit, terluka dalam kau paham tak?

bukan niat untuk mengelak.. cuma luka lama perit aku cuba lupakan. PERIT.

tak paham lagi?




chow.

Tuesday, July 9, 2013

Cara Mengemas Bilik Tidur

Assalamualaikum ..



hari tu dah post entry tentang Cara Menghias Bilik Tidur. nampaknya banyak jugak sambutan ye. hihi






first of all, terima kasih awak sebab sudi baca post saya. walaupun anon.. huhu :)


seorang pembaca ni telah bagi ite idea untuk up post baru. 

maka ini dia . . .



okay since balik hari tu (almaklum laa iolls cuti 2 bulan lebih la uolls.. hee) , maka barang tersangat la amat sekali terpalingnya bersepah. sekali.

siyesly. 


betul. tak tipu.













SEBELUM










lantai . . .






meja . . . 






meja solek . . .






ruang sidai + almari buku . . .


*censored. haha



katil . . .








almari + laundry . . .







habuk dan sampah berpisah tiada . . .








uhuk uhuk uhuk

boleh singgah sampai sana kan habuk nya tu? huhu gangguan emosi betul menonton bilik sendiri. tiap kali masuk bilik, OUCH! sakit mata kiah.


maka mengambil keputusan untuk mengemas.




Cara Mengemas Bilik



1. langkah pertama, buka tingkap. udara yang segar penting bagi peredaran udara yang baik di dalam bilik.






2. pasang lagu. dengan cara ni, anda tak rasa masa berlalu. dan akan kurangkan possiblities yang korang akan tersasar dari misi sebenar. kaaaann ..






3. asingkan baju bersih dengan baju kotor. i know it's everywhere :p








bersih = lipat / gantung di hanger. kotor = laundry.




 4. letak barang pada tempat asalnya. barang turun dari langit? cuba sedaya upaya beri ruang untuk dia. letak dalam kotak / simpan bawah katil etc.



boleh lipat or gantung tudung dekat ring tu.




sebagai contoh, this whole junk on my bed. 




alat tulis masuk dalam bekas.




headscarf sangkut bersama geng dia.




dan bedalkan aje. spongebob pegi shopping getah rambutt 8)





 felt box. susun-susun ^^ nanti ada tutorial jahit kain felt pulak okay :D




beg masuk dalam bekas laundry macam ni. jimat ruang :)





hujan batu di negeri orang, hujan syiling di bilik sendiri. nope, just kidding :p syiling terjatuh masuk balik dalam tabung :3




5. kemas katil. simpan barang2 yang terdampar atas katil. kemas cadar / blanket / selimut / bantal busuk. jika perlu, basuh dan salin cadar.






6. be creative. takde tempat nak letak barang? jangan risau. guna daya imaginasi anda. aicewahh



laci kecik macam ni boleh simpan macam2 barang. kad, buku, pendrive etc.




ite takde tempat nak letak buku / fail. tsk tsk.. so I had this wild piece of box laying on my floor



lipat and stapler bagi stiff.



voila. da bole stand di situ. senang dan jimat. buruk? alaa nanti pandai2 la korang decorate. ribbons, marker, wrapping paper, glitters etc.




 7. sapu / vacuum / mop dan buang sampah. kalau rajin, lap tingkap, cermin, meja sekali. since bilik ite kecik, lantai nampak sikit je, so cuma sapu sikit-sikit je. 





kutip semua sampah yang boleh di lihat dengan mata kakton anda tu.




lepas penat lelah selama sejam lebih (sebab nak kena snap gambar lagi), maka inilah hasilnya . . .





SELEPAS






lantai . . .




yang satu ni memang tak boleh nak buat apa dah. huhu



meja . . .







meja solek . . .






ruang sidai + rak buku . . .






katil . . .







almari . . .







OVERALL RESULT







haaa cane uolls? dahsat tak dahsat takk .. hihi. penat tu memang la penat. tapi kepuasan tu memang abadi sungguh.. percayaa la cakap kakton.


bilik yang kemas penting untuk mood yang baik. takde la masuk bilik je tensen nonton bilik sendiri saling tak tumpah macam reban ayem. . . . terasa tak terasa tak? haha. and bilik yang kemas juga enhance health. bilik yang kotor mungkin ada bakteria, those lipas semut who knows?


sooo jagalah kebersihan bilik uolls yee.. sebab bilik tempat kita istirehat, tempat kita tidur. mestilah nak bersih kan. dan dalam Islam juga kita perlu mementingkan kebersihan kan? :)








lepas penat.. do I look like grumpy cat? NO. mrs grumpy is cuter :p




adakah post ni membantu? any ideas, comments, questions? boleh comment di bawah ye. mekaseh :)



*lepas dah kemas bilik sekarang boleh hias pulak kan. jom singgah post ni >> Cara Menghias Bilik Tidur.<<