Hello people!


Salam. jemah tahu blog jemah tak gojes tak maket macam blog uolls. tapi iolls tak kisah huahua. blog ni tempat kaki kaki repek dann tempat kongsi maklumat.

jemput tambah nasik, tapai tu sedap boh silakan.



Monday, November 14, 2011

About Him.

Assalamualaikum..




hola heyy. lama sungguh sampai dah berkulat blog ni aku biarkan. hump, maap maap. busy je manjang! cehh, busy ler sangat :P



hem. kalau korang yang betul2 follow blog ni, mesti korang tak tertipu akan muslihat ku. post pasal raya tu baru je post takdi tapi tarikh September. huahuahua. ala bagi la can tipu sekali-sekala. heh

oke, post tu memang da tulis time bulan 9, tapi tak sempat habis so post je la ari ni kan. alaa sama je la tu kan kan kann? hihi =3



oke, berkenaan pasal title of this post. pe jadahnye ni? nak mintak penampar free bapak aku ke?




kalau dulu dekat sidebar ada benda alah sweet2 poyo ni, sekarang dah takde dah :) apa senyum2? sedih+caket aty taww ;(


mungkin lumrah pasangan bercinta. setiap pertemuan tentu ada perpisahan. mungkin kita takde jodoh. dah berapa kali saya cuba pertahankan hubungan ni tapi sekarang da tinggal nyawa2 tapir je.


dan yang paling seronoknya, aku decide perpisahan ni on my birthday, Sept 16. yes, my bufday. perfect gift kan? :)


punca perpisahan tu biarlah kami dan Tuhan saja yang tahu (dan orang2 yang aku da cite. hah!)




ni dekat page facebook dia. Yaya Ieya tu mem aku, dan dia tahu cite sebenar. haha, terbaik la anda ;)



walaupun lepas kitorang dah broke-up, tapi kitorang still contact. eh, rindu kot. tapi gitu2 je la. dia still pujuk rayu nak get back macam dulu, tapi aku cuma .. mampu diam je.



hari tu berderet 4 hari aku keluar dengan dia. cehh kaw ni, nak jugak kan!

----------------------------------------------------------------------

FIRST DAY, dia amek aku kat umah akak aku. pakai je la apa yang ada kan. huu. dengan mem dia 2 orang. then karok2 kat Umall. memang tak mampu nak layan dia macam dulu lagi. nak romantik2, tapi segan ah. tapi kadang ada je dia mula kan dulu.

then gi amek lemang kat tempat makcik dia. hey, esok raya! hikhik. lepak Pak Ali jap makan abc. lepak2 kat dapur, tengok diorang siang siput. hehe. then balik umah Boy, anta mama n lemang. after all, seronok :)

malamnya, dia pujuk aku lagi. dan .. masih diam.

-------------------------------------------------------------------

SECOND DAY, Hari Raya Haji. aku berbaju kurung hijau berjalan sendiri gi Jusco. then jumpa dia and others kat sana. makan2. then pergi umah atok dia kat majidee. kelakar tau diorang. hikhik. balik tu, gi Umall. karok lageii.. pastu balik.


and hari tu, dia dah lain ..

dia dah tak macam dulu lagi. dia layan aku macam aku ada tak ada. pedih sangat hati ni. dia mintak maaf, dia taknak berharap sangat dah. sebab dia tahu aku dah tak dapat terima dia balik.. tapi aku rindukan dia! :(

--------------------------------------------------------------------

THIRD DAY, mungkin disebabkan aku asyik mention cara dia layan aku, dia ajak aku keluar lagi sekali. hari ni dengan family dia pulak. makcik dia dari Singapore datang, nak belanja main bowling sebab hari tu bufday dia. keluar time tu pun dah pukul 4petang.


then pergi angsana, main bowling. mulanya aku cakap taknak, sebab aku main memang ke longkang je la kan. then dipaksa jugak oleh Boy. main je lah kan.
game pertama memang haram, ke longkang je jadah bola ni. takleh nak bertolak ansur langsunn! game kedua aku bangkit. kalahkan Amin, sepupu Boy. heh2, thanx for the trick ;)

then makcik dia belanja PizzaHut. kitorang makan spaghetti and pizza. ada lagi 1 citer bikin gua bacin ngan Boy ni. walaupun da lama lepas., duhaii~! balik memang malam gila la. pukul 10 lebih kot! tapi memang seronok. seronok sangat, sebab Boy da layan aku ngan baik. even sangat baik :)

-----------------------------------------------------------------------

FOURTH DAY, hari ni Boy da nak balik PLKN. tiba2 letrik umah dia takde. terpaksa la mintak tolong aku iron kan baju dia. hikhik. takpe, no hal. small matter je.

then amek adek n mem dia, gi karoks lagi kat Umall. not much, then balik. saje lah kot jumpa for last time :)

----------------------------------------------------------------------


on 3am, lepas balik dari hari yang ketiga tu, dia post ni kat wall aku..





tengok lah. aku masih diam .. aku tak tahu nak balas apa. takleh tipu aku masih sayang and sangat rindukan dia. tapi .., takut at the same time. biarlah Tuhan yang menentukan segalanya..



dan mungkin jugak atas sebab lain.. nampak post Nov 5 oleh sorang mem tu? ekekekekeke. citer lain post pulak ye yang tu ;P




Great passions, my dear, don't exist: they're liars’ fantasies. What do exist are little loves that may last for a short or a longer while.
-Anna Magnani


Relationships are like glass. Sometimes it's better to leave them broken than try to hurt yourself putting it back together.
-Unknown Author



Do God leads me to the best way. Amin..


Saturday, September 10, 2011

Rocking On September!

Assalamualaikum ..


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN :)



aku tahu da lambat nak ucap tapi shaddap lu. hehe. ala, baru raya ke sebelas kan kan kann.


di sini nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa kee, tergossip kee, terbuat korang termuntah baca entry kat sini ke kann, harap ampunkan la ea. tak sengaja :)




ahah! ada bakat modelling tak kitorang? huahuahuahuaahaktuih!




tudung indon ni semua disponsor ncik tudung biru tu. ekeke




apo kono raya dengan tanduk kambing neh?! okay2 chill. hentikan cubaan menelefon polis nak report aku ni pembunuh bersiri, oh tidaak. sebenarnya time raya kedua, family wat kenduri sebab mak nazar, kalau abang dapat kerja, kambing die you go :)




breakfast, oh macam heaven X) nasi goreng, mi hun goreng, kek pisang, tapai pulut, ketupat. waduh2, aku maw pulang ke waktu itu donkk~



with adik dan sepupu.



"oh abe.. sapa hati wak muko tok sudi"







wee~ to the windd.


and they can rockk too ;)









usah tertipu dengan lakonan mereka. ahah! :P



me love my mommy :) dengan anak akak, MIA boncet!


balik tu stay Bukit Gambang Resort City, lagi! yeahh~


wit2 kat beg baru kale pink tu. hihihihi






lepas tu balik KMJ. macam sedih je kena tinggal kat situ. sobsob ;(



tak ingat tarikh, tapi budak2 sekelas duk planning buat bufday party.



celebrating September babies. hehe. from left; Hidayah, ME, Ariff (ketua praktikum), n Milah.




hebat tak hebat kek yang mentor kitorang belikan ni. ni hasil pemberian budak2 praktikum kitorang. aww~ lebyugais




terlebih eksaited puloks. eheh




ada jugak mi hun goreng. + buat jamuan raya sekali. masing2 bawak biskut raya. wehoo~



wewitt sikit kat budak2 cun ni. ahaks, terkombang2 hidung mereka. from left; Fairus, Hawa, Mucy.





okay, sampai sini saja.
BYE-BYE! :)



xoxo

Sunday, August 28, 2011

Had A Wonderful Day :)


Assalamualaikum ...


sekarang ni tengah curik2 update sebelum packing2 nak balik Kelate esok. yipee~!



hari ni hari yang memenatkan, tapi serunokkss! :)


mula2 planning nak buka kat Umall je ngan boy. tiba2 je program bertukar pulak. dari Umall, ziusshh ke City Square; ke tengah2 bandar pulak. aku pun, okeh la. watever lah bebeh. hehe.


kitorang pun jalan2 la kat sana. dengan adik, dan sepupu2 dia., macam biasa.


mula2 tak tahu jugak nak gi mana. rupanya pergi Pasar Bumbong ke Menatangapa Bumbong. haha. tak ingat la namanya. tapi macam garage sale buat dekat rooftop la.

hebak dan comel2 sangat kedai2 kat situ. kebanyakan jual barang2 vintage. eg: baju, kasut, accessories n much more. sayang tak amik gambar (sebab takut macam jakun). haha









lebih kurang macam ni la tapi diorang kecil2an n more to self grown kot. + lagi comel. argh! geram sungguh macam nak beli je barang2 kat situ takdi. owl necklace sangat lah bersepah ;(



then bersepah2 je la pergi. last2 dah terlambat. food court, restoran semua da penuh ngan manusia, ready untuk berbuka. kitorang je la terpinga2 duk carik kat mana nak makan. pusing punya pusing, dah dalam pukul 8 lebih gitu, baru la berbuka kat McD.





Alhamdulillah - GCB. alah, tapi takde la sedap sangat pun. nampak sangat baru first time makan. kihkih.


then pusing2. boy ingatkan nak gi Bazar Karat, beli seluar. tapi memandangkan mak aku suruh balik cepat, terpaksa la dia merelakannya punn. cian dia. sorry Bie :(


tiba2 terserempak dengan orang yang "eh, aku macam penah tengok la dia ni!" hehe. rupanya member2 lama kat tempat tuisyen dulu.





Cik Teha and her bestie, Fiza / Aemon. eeei~ geram betul ngan 2 orang budak comel ni. macam nak cubit je sorang2. ekeke. sorry, had a hard time remembering Fiza's name. huhu xP datang2 je diorang panggil "Pinky!" haha. bual2 sikit, how's life.






hah, korang kalau pergi Bazar Karat kat bandar JB, jangan lupa singgah kat gerai diorang okay. diorang jual shawl yang cantik2. ada pashmina, ada shawl silk yang macam Hana Tajima pakai tuu~ singgah n borong banyak2 k! sorry, babe. tak dapat nak singgah gerai korang takdi :( rindu sangat dengan korang. muahmuah! xx



lepas tu kembali ke pangkal jalan.. berdiri ngan boy. pastu ternampak satu adegan panas; drama di tengah bandar.


--------------------------------------------------


ada lah satu pasangan kekasih muda ni tengah berjalan. memeluk pinggang bajet romantik lah tu. entah kenapa agaknya tiba2 si jejaka naik berang, lalu mencampakkan makanan yang berada dalam tangan si gadis itu.


aku pun, "waddefish? apa yang berlaku ni?" - nampak sangat macam cik kiah. hee. tak berhenti sampai situ. laki tu naik hantu agaknya. dia tolak gurlfie nya lalu menyepaknya di punggung aweknya macam tendang bola, Chelsea menang 3-1 takdi. okay, takde kaitan.. aku dalam hati "wat the hell? apa bangkai punya jantan ni?"


gurlfie nya pun menjerit. lalu naik berang jugak, pergi dari situ. si jantan berguna tu kejar awex nya. boleh pulak nak sambung peluk pinggang. si awex tu lepaskan tangan dia, pastu si jantan tu tarik rambut aweknya yang panjang ikal (lah sangat) tu.


orang ramai semua tengok. tak pasal2 je lah buat free show kat situ kan. boy aku cakap "lantak diorang lah" hikhik. tak lama kemudian, pasangan tu patah balik. jelas si gadis tu dah naik hangin ngan jantan tu. jantan tu duk ikot je kat belakang.


aku harap lah dia mintak putus dengan si jantan berguna tu. heh. mana tak nya. bikin malu; naik hantu di khalayak ramai. pastu selamba dang je pukul, tarik rambut. bayangkan je la kalau dah kawin macamana kan?



hah! da penuh ruang bergossip di situ. haha. bukan nak mengaibkan diorang. cuma nak berkongsi sketsa manusia. semoga dijadikan pengajaran lah ye ;)



p.s: time nak balik tu, boy tanye. "bila kita nak kahwin ek?" haha. entah pape je la bie ni :P <33



Wednesday, August 24, 2011

What Could Be Even Worse Than Me? :(


Assalamualaikum ..



ahh.. runsing sungguh memikirkan masalah aku ni. bukanlah masalah rumahtangga sebab rumah aku setingkat je. tapi masalah yang melanda fizikal aku ni. ohh, honey :(



1. Hair Fall


omaigod. days by days, semenjak aku da sambung belajar ni, makin banyak rambut aku gugur. like - banyak gila! time kering, sikat rambut guna jari, hoh - banyak gila gugur kat tangan. time mandi / syampu jangan cakap la. dah macam orang leukemia dah gugurnya.




will I end up being like her? NOOOO~~!!!


aku pun tak tahu punca sebenar. time kat umah, takde pun nak gugur2 ni. kat kmj je semacam banyak. faktor cuaca kah? atau syampu kah? atau stress kah? aahh~! stress memikirkan nya D:




2. Skinnier Than Ever


ni lagi satu omaigod. semakin hari semakin kurus. dari dulunya kurus, kini da keding macam lidi berjalan dah. oh myy, I'm scared of myself. ramai jugak yang memperkatakan ke-skinny-an ku ini. membuatkan aku lack of confidence.


oh sedarlah. aku pun tak mau badan sekeping ini. bukan aku tak makan. mungkin cuma aku kekurangan zat makanan ; iron n all that. + metabolisma aku tinggi; cepat membakar lemak. TIDAK, aku bukan anorexic. (=.=)




I don't wanna be like her. NOOOO~~!!


"skinny people die earlier."
"a new Japanese study warns that being very skinny is far more dangerous and shows that slightly chubby people actually live longer."
"why skinny people look older quicker?"

-source from Google.


and yes, I tend to get tired faster. oh. aku lebih sanggup menjadi gemuk daripada jadi skinny nak mamf. gimme your fat, please! :O




3. I'm Tanned!


Dari gelap, ke legam. seronok kan? arghh~ since da sambung belajar, kena bergerak dari satu tempat ke satu tempat. dari asrama ke bilik tutorial, or dari bilik tutorial ke dewan kuliah. mayn, I'm exposed to sunlight.


kulit aku ni da la cepat gelap kan. tengok orang lain rilek je bright and fair. namun den ni hah, atoii.. no, I don't have any sunblock lotion (=.=)




SO NOT to be like them. NOOOO~~!!


sesetengah orang memberi pendapat bahawa tanned people are more likely prettier. cantik kalau di apply make-up. tapi bagi aku, oh susahnya nak memilih warna yang sesuai untuk skin tone aku. I'm scared of colors you see!


--------------------------------------------------------


fighting with them is not that easy you see. people might look at me as some kind of a ... freak? but they don't know I'm struggling the most to overcome my physical problems. dang, I am. sobs2





moral of the entry : hargailah diri anda. you have lots of hair. either you're normal weighed or (slightly) overweighed. it's fine, atleast you're normal! :)


p.s: mencari jalan penyelesaiannya. hoyeah~ >:O


Tuesday, August 23, 2011

My Nightmare.., Exciting Nightmare!


yeehaw~

tido lambat dan bangun tengahari dah pun jadi habit sejak cuti ni. angkara game Burger Shop 2 yang aku baru download.





gameplay yang membuatkan aku ketagihan.



okay, enought bout that.

this morning, .. oops. I mean this afternoon, aku terbangun dari mimpi ngeri + pelik + adventure + awesome gila. macam taknak bangun je lah rasa.

tak senonoh sungguh entry ni tapi aku memang tak peduli, da macam diary aku da. ngee



kisahnya begini,


Pada permulaannya, aku berada dalam situasi di mana aku sedang melukis banglo pensyarah english aku kat KMJ. bapak lah besar gila dia punya rumah. siap swimming pool segala.



lebih kurang macam ni la tapi lagi awesome. sila puji, penat aku lukis ni taw. haha


melukis dengan student2 lain. aku pun tak paham kenapa tapi aku biarkan aje lah. cikgu puji frames on walls nampak sejibik macam dia punya.




tak paham jugak kenapa perlu ada frame gambar kat luar rumah .. (?) then aku simbah2 warna untuk nampak cantik. blue in swimming pool. yes, IN swimming pool. sungguh aneh.



tiba2, situasi bertukar.


aku berada dalam mahkamah. dah macam dewan kuliah je aku tengok. berada dalam perbicaraan, PM bersama ketua parti pembangkang. isu yang masih tak sudah sampai sekarang. tak perlu di sebut, tak nak bangkitkan isu politik kat sini.



time tu ramai gila orang. keadaan 'hangat' ketika perbicaraan.


ketua pembangkang menolak tuduhan terhadapnya. "tak.. saya tak buat.." aku dalam hati, "wei. kmon la. cuba la tegas and yakin sikit deny tuduhan tu. macam dia buat pulak". haha. macam ye2 pulak aku time tu.



tiba2,

keadaan menjadi kecoh pabila tiba2 datang seekor monyet betina menyerang monyet jantan yang berada dalam mahkamah tersebut.




yang ni lagi aku tak paham. macamana pulak tiba2 monyet boleh ada dalam mahkamah? (=.=) orang ramai semua bangun dan menjerit keluar. kecoh gila lah. sedar tak sedar aku dah berada kat depan, cuba nak larikan laptop PM.





sungguh berani mati aku ketika tu. aku pun tak paham kenapa aku larikan laptop PM. aku percaya dalam tu ada maklumat rahsia yang mungkin akan menceritakan perkara sebenar. apa kena la dengan aku ni. aishh~



aku pun apa lagi, berlari sekuat hati. cuba menyelamatkan diri daripada ditangkap polis. dia punya jalan da macam simpang rumah aku je la kan. pusing2, hutan yang sama.


bila penat, aku motivate diri sendiri. "shida, lari atau kau kena tangkap. pilih" pastu semangat balik lari laju. aku buntu, terus sorok dalam longkang. amazing, polis tak nampak aku.



adalah sorang makcik dan pakcik ni tengah berbual tepi longkang tu. tiba2 makcik tu terperasan aku tengah sembunyi dalam longkang. aku suruh dia diam. tapi dia boleh pulak nak berbual dengan aku.





akibatnya, polis tu dah nampak aku sorok dalam longkang. time tu memang "shidd makcik ni!" lalu aku lompat keluar then tampar makcik tu laju2. wakakaka. lawak sungguh time tu. dan terus sambung melarikan diri ..


lari dan terus lari . . .


sungguh la, memang macam kawasan rumah aku je. ada flat yang dulunya diduduki warga asing. aku lari dan menyorok di sebalik bangunan. cemas sangat time tu. polis tak nampak aku - fuyeah~





ada pulak sorang mamat indon ni. muka dia innocent je. sesuci balqis gitu. mungkin cuma aku je perasan lebih, macam dia nak buat jahat dengan aku pulak. aku pun apa lagi, langkah kaki la dari situ.




sambung lari lagi. aihh, lari tak henti2 lah aku. buntu sangat time tu tak tahu nak gi mana. aku lari masuk kawasan perumahan, dan terus masuk dalam sekolah mana entah. besar gila lahh kot.





aku duduk sebentar. takut sangat. sampai menangis. sobs2 xP aku try call sorang member baik, calling for help. B.F stands for best friend, not BOY FRIEND. hikhik. thank God dia happy to help.



lega sangat rasanya. cepat gila lah dia sampai. dengan basikal pulak tu. tak paham betul. ada motor, nak naik basikal jugak. adess, redha je la..



bersambung ... (hehe. penat lah. sambung esok, okay! :) )

Monday, August 22, 2011

Chocolate Indulgence.


Gonna keep this post short and simple. it's 1.06am, people! xD






malam2 da bosan and lidah terasa macam nak makan sesuatu yang manis? ce try resepi tak berapa rahsia ni :)


all you need is :
  • chocolate syrup / *or you can make it by ur own
  • chocolate wafer - kit kat / nestle chocolate / or anything alike
  • aiskrim coklat / vanilla
extra:
  • kek coklat, or pape je yang korang rasa nak campak dalam dessert ni


Cara-cara :

  1. letak 2-3 scoop aiskrim dalam mangkuk.
  2. patah-patah kan chocolate wafer dan letak atas aiskrim.
  3. pour in chocolate sauce, OR kalau xde, no hal. (2 sudu milo + 1 sudu air. kacau hingga sebati)
  4. campak extra(s) such kek coklat, kacang, marshmallow, or anything else you delight.


dah siap! senang kan. told you it's not a secret recipe. hehe. rasanya takyah share kat sini pun korang da tahu camne nak buat kan. peduli hape jugak aku kan. ngee~




oke then. will post some more later. SELAMAT MENCUBA! bye~

Saturday, July 9, 2011

Home Sweet Home :)

home sweet home. yes, it's sweet but damn selekeh bersepah -.- ^_^



Salam. howdi hey, humans.. rindu amat nak membebel kat sini.





I've been so busy. sekarang dah sambung study kat Kolej Matrikulas Johor. yeah, I made the decision! but not sure about it. yet -.- serious! jam-packed dengan keje. sometimes busy sangat sampai rasa nak pecah pale. tak tahu bila masa nak revise study. masa selalu habis ntuk wat hw je. howdies?




so far, everything's fine. cume kerja bertimbun sentiasa la. dalam seminggu tu jarang la de hari yang tak busy. this week, is busy all day. even hari jumaat nak balik JB pun! dah terbiasa dah kot ngan hidup tak jejak kaki ke bumi ni.


well, lama tak upload sebab blogger.com kena block ngan wi-fi KMJ. why? saya tak tulis pasal 'BERSIH' la kat sini (-.-) ni da balik, amek peluang update blog. which is my LATEST condition. I'm not sick, Alhamdulillah.



  • dapat bilik sebelah bilik misteri; budak bunuh diri. lagu mano?
  • parents n grangdparents finally dapat mengerjakan haji tahun ni. Alhamdulillah; makbul doa ku :)
  • semalam spend time with boyfie n guys. gua karok dohh~ balik malam. awesome tak?
  • fighting with my studies!


will then continue. next few weeks maybe! bye :)

Monday, May 9, 2011






oke, Assalamualaikum .. :)



hari ni tak tahu kenapa terajin pulak nak update blog kan. selalu bia je blog ni terbengkalai. ikot mood. hee



first of all, nak cite pasal pekerjaan sekarang ni kan. macam yang aku tulis kat entry lepas, aku keje balik kat sembonia, jusco.




a'ah, aunty tu memang psycho. LOL.




bukan ape. macam selalu je dia nampak kesalahan aku (walaupun kecik). kalau dia buat, aku diam je. bukan ape, takut diorang ingat aku ni ape an. kurang ajar ke ape.



macam ari tu, aku bukak bil then lupa nak letak price tag skali. cashier tu lak gi cari aku. then aunty pun membebel kat aku. macam stress je. bukan pe. selama aku kerja ni aku serve customer je. bukak bil memang keje aunty. then nak membebel pulakk. siap cakap ngan kawan aku "dia ada sekolah ke tak"







macam apa je kan? sape jugak tak mara. tapi aku sabar n diam je. mungkin aku nampak macam orang bodoh. tapi lantak kaw la. aku malas nak gado2. maybe sumday aku akan suarakan perasaan aku. maybe.







well, ati aku reda cket takdi sebab aunty belanja aku ngan aunty2 lain coolblog sebab penat ari tu time de fiesta day. memang penat. macam nak patah la kaki aku ni. konpem sale beriban2 ni. then aku pi la beli. perisa laici. thanx, aunty! :))




okay cukup pasal kerja. aku tahu memang boring. OHH!




tukar topik.




sekarang tengah confused.







hari tu cek tawaran upu. Alhamdulillah dapat pilihan pertama/kedua; asasi kejururawatan di UIAM.



tapi tak tahu nak pergi matrik or proceed asasi je. sebab UIA kena belajar Arab, pakai tudung labuh sume. hehe. tapi orang kata sekali je periksa bahasa Arab tu. entah la.





kakak2 or abang2 senior, any advice please? :(




Wednesday, May 4, 2011

Triple Prosperity

Assalamualaikum ..



nampaknya dah lama aku biarkan blog ni terabai dan berkulat selepas entry aku tentang barang untuk di jual yang tak laku tu. haha. aku ni sangatlah pemalas + busy + takde idea nak tulis kat blog ni. aww~ kesian kaw blog.



okay, berbalik pada tajuk entry ni. semenjak aku tinggalkan blog ni tersadai, banyak perkara dah berlaku. triple prosperity; bukan burger double prosperity McD to ea.





perkara pertama yang berlaku lepas keputusan SPM keluar, yang agak2 prosperity jugak la. hari tu (dah tak ingat tarikh bila), permohonan matrik aku terjawab. ohh, syukur Alhamdulillah dapat :) mungkin perkara biasa la kot kalau orang dapat matrik, tapi sebenarnya aku takut sangat kalau tak dapat sebab parents aku sangat la mengharapkan aku untuk masuk matrik macam abang2 ku jugakk.




parents aku punya semangat; ayah aku cakap nak gi tidur kat sana so nanti time daftar takde la terlambat, then dapat bilik tingkat atas cam abang aku. ni berbual time sebelum dapat matrik taw. die punya semangat tuu. huhu.




tapi tak tahu lagi la nak pegi ke tak sebab takut tak dapat survive memandangkan otak ku yg slow labi2 ni. + sekarang da tukar. kalau dulu ada sains hayat n sains fizikal, sekrang sains terbahagi kepada 3 modul. which in a modul includes either maths, physics, bio, chemistry, comp sc, etc. nak pilih ape ni? (o.O)







yang kedua pulak, aku dapat kerja 2 minggu dengan tempat kerja lama aku; Sembonia Jusco. hehe. 2 minggu je pun, de sale pe ntah. hari ni hari ketiga aku kerja. tengok, aku masuk kul 6 hari ni. hee.


sepanjang aku kerja ni, sejujurnya aku sangat tak puas hati sama sorang aunty tu. sejak dulu lagi. dia treat aku macam apa. macam aku ni tak bawak untung langsung. tak ingat pulak time raya cina ri tu aku cover sampai sale cecah RM3000++. huh, malas la nak pemeskan aunty tu kat cni (=.=)







prosperity yang ketiga dan yang paling ter-awesome adalah binatang ni. netbook samsung :) aku sendiri pun tak ingat macam mana senang aku dapat benda alah ni. huu. yang aku ingat, aku olok2 cakap nak lappy, nak bawak pi matrik. then ayah aku bole layan, die suro abang aku tengok kan kat internet. haha. aku punye la eksitad time tu.




since abang aku pun nak beli lappy baru, dia nak wat keje susah guna netbook, kecik. so dia nak jual dia punya ni. samsung apa pun aku tak tahu la. dia beli RM750 (harga betul RM900++. dia beli ngan orang dapat murah. baru, masih dalam plastik lagi. terer tak?), then dia nak jual RM700. apa kena la abang aku ni RM50 je dia tolak. kuikui.




then dia jual RM650 kot. aku apa lagi, rembat bawak masuk dalam bilik. siap gi beli mouse kale pink n headphone kat tesco. ngiahahaha :D






aii. hensemnya kaw ni .. aku tenga taip guna kaw la ni. hehe. macam tak sangka pulak aku akan dapat netbook secepat ni. macam mustahil jee. aww, sayang you, lalink. muahmuahmuahh! xoxo







okay, setakat ni je la oke. nak makan n siap2 gi kerja lak ni. aww, boring. harap2 tak sekali aunty psycho tu. guu (=.=) oke, byebye :)