Hello people!


Salam. jemah tahu blog jemah tak gojes tak maket macam blog uolls. tapi iolls tak kisah huahua. blog ni tempat kaki kaki repek dann tempat kongsi maklumat.

jemput tambah nasik, tapai tu sedap boh silakan.



Thursday, March 24, 2011

Keputusan SPM; Alhamdulillah.

nak buat entry ni macam buat malu je sebab da lambat sehari.
yang lain baru balik tak sempat bukak kasut dah laju2 buat.
nak buat macam mana, da malas sangat tulang keding ni. haishh~


23 Mac a.k.a semalam dah ambik keputusan SPM 2010 kat sekolah.
disebabkan aku ni pemalu, jadi tiada gambar yang akan dipaparkan. CEHH!


SMKTUN, Johor cemerlang dengan 19 orang mencapai straight A's dan 12 orang slack 1B.
like -hey, that's awesome! congrats untuk semua :D


well, entry ni mengetahkan watak utama iaitu aku. AKU ni. HELLO~ :O
so mesti la nak cakap pasal keputusan aku kan.



result cuma so-so je. tapi syukur ke hadrat Illahi, alhamdulillah sangat2.
walaupun tak straight A's, tapi keputusan aku dah cukup membuatkan chek dan abah gembira.





tengok tuh. A- je lebih. kuikui. tapi syukur Alhamdulillah keputusan ni lebih baik daripada target
sebenarnya spesis bernama 'target' ni tak penah wujud pun. ekeke
erti kata lain, aku tak sangka langsung bole dapat banyak tu. syukur Alhamdulillah :)


thanx to chek yang selalu membebel tak sudah. kat abah jugak kot. hoho
thanx untuk cikgu2 yang mengajar saya time form 4 (SMKTDS) dan form 5 (SMKTUN)
cikgu2 dah banyak membantu saya yang lemah ni. saya datang dengan ilmu yang cetek. tapi cikgu2 bertungkus-lumus, susah payah didik saya, buat extra classes (walaupun kadang-kadang saya ponteng. hehe) untuk bantu saya dalam pelajaran


paling tak boleh lupa Madam Low - Add maths, dan Puan Hidayati - Chemistry, sebab sangat membantu saya dalam pelajaran saya.
sebelum ni add math manjang je failed, paling tak pun cukup2 makan je.
tapi bila madam low cakap kalau tak dapat A time SPM, nak pukul ngan kayu time amek result, terus gerun n study sungguh2. huhu
cikgu, saya dapat B+! hehe

madam low : addmaths awak B+. takpela, tu maknanya awak dah berusaha bersungguh2. tahniah ye

thanx, teacher. serious macam nak nangis time tu. huu :)


cikgu2 lain pun bagus2 jugak. selalu bagi support kat saya bila saya rasa down. terima kasih banyak2! :)


time amek result tu nampak tangisan; tangisan gembira dan duka.
janganlah sedih. cuba fikir secara positif. tak payahla nak bandingkan diri kita dengan orang lain yang sememangnya diorang tu terer giloo

cuba bandingkan diri kita dengan diri kita yang lalu.
tengok perubahan, "dulu aku dapat D, sekarang dapat A+. FULOUWW!" "dulu G, kini C bebeh!" "dulu D, sekarang G! YESS, berjaya!" ha' yang tu gara2 taknak mak suro gi sambung belaja la tu.
tapi kalau menurun sikit, takpe la. atleast kita dah buat yang terbaik kan?

even dapat 2A, 3A, 10A, mahupun hanya sekadar 'LULUS', bersyukurlah kepada Tuhan kerana Ia maha pemurah dan maha mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya.



Good Luck untuk semua dan semoga success in future. jadilah orang yang berguna untuk ibubapa, masyarakat dan negara.


Sekian.

With Love,
Nurul Shahida Yaacob
SPM 2010

2 comments: