Hello people!


Salam. jemah tahu blog jemah tak gojes tak maket macam blog uolls. tapi iolls tak kisah huahua. blog ni tempat kaki kaki repek dann tempat kongsi maklumat.

jemput tambah nasik, tapai tu sedap boh silakan.



Thursday, June 28, 2012

Percutian Dua Minggu (PART II)

Assalamualaikum ..



aiseymen. nampak tak dia punya delay, sampai dah nak cuti lagi sekali lah. *gosok2 mata*



ahaaa, hari tu dah stop sampai aku menyesat ke alam mayam. ni nak sambung lah pulak. memang lah takde benda sangat pun. tapi gila kau, nak biarkan episod tergantung. takmau lah nanti dihantui mimpi dikejar blog tercecet sambil pegang pisau berdarah2 dek kerana episod tak complete. seram nyahh



maka dengan itu aku memaksai diri melangsaikan jugak :3



baru nak start baca tiba-tiba terkejut beruk ada gambar2 yang .....





kiri : gaya kami lipat tudung cara kelate
kanan : dan semakin mencuba aksi yang lebih ekstreme ala2 cekodok berkalsium tinggi


kiri : kemudian kembali cover comel bagi mengelirukan mangsa. *batuk berdarah*
kanan :  pakai baju BLOK F dan memegang purse, 2 hengpon, dan wayar usb. kalau ada peragut kompem balik tangan kosong sambil nangis tepi jalan mintak sepakan percuma



ahaa, nampak tak tahap kedahsatan kami yang gila bergambor sampai celah lutut hang pun kemungkinan menjadi tempat posing. time tu sebelum nak pi CC berdekatan rumah. kononnya nak isi borang upu. esoknya dah nak tarikh tutup. mahu tak menangis kalau aku tak letak course Kemahiran Surirumahtangga ke apa kan. last2 madah je bukak pesbuk berjemaah :3


*pointer tu biarlah rahsia ya. bagitau nanti kang korang taknak kawan aku pulak. *forever alone*      p.s : biasa2 ajeee, alhamdulillah :)



sebenarnya pi CC sebelum pi KB Mall tapi dah terpost nak buat macamana kan. takkan nak pi hantuk kepala kat cermin kereta orang lalu dimasukkan ke lokap pulak. terpaksa lah merelakannya pun. 





few days after, mak, abah, atok dan nenek nak pi melawat kawan diorang yang diorang jumpa time menunaikan haji di Makkah. fun fact : no telepon diorang terhilangkan. so sangat 'mudah' lah mencari rumah mereka (~o~) aaawwwuuuu~~ *sound effect werewolf*



di dalam penyesatan, terjumpa lah like - banyak gila kedai serunding! macam kilang dirumah la. pergi satu kedai ni, lalu berphotoshoot macam kedai tu, bukan kau yang punya. tapi ahmad albab yang punyaa. harharhar




wewitt~ awek tuww


muka tak tahan bebenor nya hah.



ayu kan kami berbaju kurung. macam finalis Gadis Melayu gituww. huahuahuahaktuih



lepas mencari dalam hujan yang lebat gila, tanya ramai orang, ketuk pintu salah rumah sampai atok pun dah fedap majuk nak balik, lalu akhirnya berjaya jugak sampai ke rumah mereka, Alhamdulillah.



rumah kampung pun meletop kau. perabot boleh buat gua menangis cakar dinding kat situ.


balik sambil bawak banyak gila pisang. macam dah boleh meniaga goreng pisang on the spot you see. mereka sangat baikk~ :DD


lepas dah tinggal nak dekat 2 minggu kat kampung, kitorang pun nak balik JB. aww~ sedih tauu. mana taknya, dah lama tak balik sana. jauh pulak tu. ingat kan dah taknak balik dah. tinggal je aku kat situ. tapi siapa pulak nak gi belajar memandu nanti kan.



sebelum balik, singgah overnite kat Gambang, Pahang. takut penat lah perjalanan jauh. homestay murah je, RM100. kau hado? :p 


lepas tu pi mandi-manda kat Bukit Gambang Waterpark. ni dah masuk kali ke-3 kot aku rasa. tapi kali ni ada bebudak comel ni.



meet Ariq Darwish dan Nurmia Qaisara. (sorry, tak tahu ejaan sebenar. hikhik)
comel kan? aww aww :3



diorang ni anak2 kakak aku. overly excited dan sangat seronok bermain air. Ariq buat taktik ajak aku main pantai, bawak aku sampai ke tengah gara-gara taknak balik. pujuk punya pujuk, baru nak balik. balik dengan muka sedih. huhuu




ambik gambar like nobody cares aku ada lombong emas.



lepas tu gerak balik JB. siyesly sedih gila. sepanjang perjalanan duk pikir je. menyesal lah aku tak duduk kat kampung je. cewahh. tacink sendiri :3








Friday, June 15, 2012

Percutian Dua Minggu (PART I)

Assalamualaikum ..


atoto poyonya tajuk diaa. wakaka waka waka eh eh :p takde lah percutian sangat kan. siap part I bagai. macam perginya banyak tempat. puft~


as korang sedar hari tu, baru je berlalu musim cuti sekolah 2 minggu. alah kesian adik-adik di sekolah ye. sabar la ea. kejayaan menanti anda. *hikhik*


okay, cuti sekolah hari tu tak ke mana sangat pun. cuma balik kampung je. tapi BALIK KAMPUNG tu la yang paling best buat aku. tetiba besar pulak perkataan 'balik kampung' tu kan. tu nak menunjukkan betapa lamanya aku tak jejakkan kaki ke kampung halaman ku. alah, rindduuu :3



sebelum straight away ke Kelantan, kitorang singgah menumpang kasih kat rumah makcik kat Kuala Pilah. gerak tengahari so sampai da agak lewat petang la.


keesokan harinya.,

hantar lah adik aku ni nak pi daftar dia kat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. kat Kuala Pilah la kan. jalan noneng2 naik bukit. terasa macam naik roller coaster gituww





haa ni dah siap daftar, kemas2 barang dalam bilik dia.
komen pasal bilik : em. well..  =B





panas dan penat gila angkut barang dia since takleh bawak kete pi asrama. if you know what I mean =.=
banyak2 bersabar la ea budak2 KMNS *sigh*


ahaa lepas dah hantar encik tu, lalu meneruskan lah perjalanan pulang ke Kelantan. feeling sesuatu tertinggal sebab adik aku ni memang bising orangnya. takde dia, memang diam je la sepanjang perjalanan tu. kukuu~


spent a day kat kampung belah mak kat Pulai Chondong (or how is it spelled) . then gerak pi kampung belah abah kat Pasir Mas pulak. yeehaw~ my pebret since ada sepupu aku yang gila duk sini. mungkin korang penah tengok dekat post raya hari tu.



kemudian hari pergilah pasaraya Pantai Timur. *amboi, pasaraya gituww.


misi nak membeli hadiah untuk pengantin baru, adik kepada abang ipar aku kahwin. mak beli cadar beropol. untuk nenek pulak belikan set cawan kott.





kiri : agak2 boleh tak aku nak bela ikan keli dalam ni? *dahi 5 ekar
kanan : kami gila posing di mana saja





aku ni kalau dah balik kampung mana boleh duduk diam je kat rumah. kaki mesti nak pergi jugak mana2. lalu memaksa la encik Munirah ni pergi KB Mall mencari gewe = pakwe / aweks. oops, berjalan-jalan :3





kiri : sebenarnya suruh sepupu amek gamba sebab nak tengok betapa kelakar kasut aku tu came out. last2 pakai jugak. herher
kanan : tadaa~ ni la sepupu hambo, Munirah. comey dehh? *yang belakang tu rumah tengah renovate, nak jadi batu da semua. pape je la abah ea. huhu




muka berjaya ambik gambar dalam bas yang berguncang kencang.
kencang kan?




lepas dah penat berjalan round satu KB Mall, kitorang pun carik la tempat makan. 


shida : eh, nak makan kat mana ni?
munirah : em. ikut shida la. oghe tak kisah.
shida : em. kat KFC ke.. food court ke.. camano ehh?
munirah : suka hati. make kat _____ pun best jugak. 

*siyesly lupa gila bigbang nama tempat tu. yang penting ada perkatan 'ayam' or 'chicken' gitu. tapi bukan The Chicken Rice Shop apatah lagi Markas Ayam Berdara.


lalu bermula lah adegan pening lalat tak tahu nak makan kat mana. lalat pun tak pening macam kitorang. semua gara-gara nak pi makan kat ______ tapi tak reti macam mana, almaklum tak pernah makan kat situ. kuikui



last2 beranikan diri buat muka Haji Bakhil masuk dan carik tempat duduk.




  

orderlah set nasik ayam + 4 extras; such wedges, coleslaw, chicken ball soup n apa entah lagi satu tuu




menjamu selera lah. bon appétit!
sedap jugak. kenyang macam nak pengsan tahuu. 


aku fikir, "eh membazirlah kalau tak habiskan semua ni .. nak habiskan tapi tak larat pulak. takdi da bedal coolblog. eh camano ek nak ngelakkan gejala syaitan ni?" aicehh~


lalu aku secara bijaknya ambik tisu banyak2. 

bentang luas2 secara tersembunyi, lalu aku menyeludup segala makanan yang tak terhabis tu dalam tisu. letak ayam, wedges. bungkus baikk punye. masuk dalam beg. coleslaw dan soup tak boleh la pulak, nanti banjir pulak beg hamba. Munirah pulak tolong cover line.


nampak tak kekampungan di situ? muahahaha. gara2 takut + malu nak mintak bungkus. mana tahuu takde kan. kitorang terkekek2 macam ayam nak bertelur sepanjang misi berjalan. dah macam seludup ganja pulak kan.

# like mother like daughter bebeh 8)



gedebak gedebuk makan pun da kenyang, leftovers pun dah rembat, nak membayor lah kan. apa lagi. budget da tengok harga takdi, okay lah; dalam RM20++ lah ni kan.




last-last.. PUFTTT~!! boleh tersembuq nasik ayam yang gua makan takdi. total up tambah ngan air RM30++. mau nak terpengsan gua kat situ. nasib baik mampu mengawal nafsu dan perasaan. atte



lepas makan, kitorang selesaikan misi2 terakhir yang masih belum terlangsai. ncik Munirah pi beli cover hengpon nya. aku pulak, balik tangan kosong. eh tak. balik dengan cincin kale biru rege RM4. function





k, sambung lain kali pulak k. nak cerita semua, eh mampu pulak aku buat novel terus kat sini. hikhik. 
oke babai  youollssss~