Hello people!


Salam. jemah tahu blog jemah tak gojes tak maket macam blog uolls. tapi iolls tak kisah huahua. blog ni tempat kaki kaki repek dann tempat kongsi maklumat.

jemput tambah nasik, tapai tu sedap boh silakan.



Thursday, March 31, 2011

OMG! Makhluk apa ada bawah katil aku?!



korang tengok seperti gambar yang telah dibulatkan di atas. kelihatan seperti makhluk berbulu berwarna hitam dan matanya terang memandang aku. GUU. apakah makhluk ini? (O.O)




bila aku cuba slow2 pergi kat situ untuk tengok ape benda sebenarnya makhluk tu, tiba2 makhluk berbulu tu ada kat sebelah sana sambil menjenguk aku pulak! macam mana tu?? (O.O)































chill la korang. makhluk berbulu hitam mata bercahaya tu cuma kucing ku sayang. HAHA :D sayang si itam berlegam ni. eemmm~ <33





hari tu aku kemas2 bilik, pasang cadar yang dibasuh. kucing aku tu pulak nak tumpang sekaki maen adventure lah konon2nya time aku duk mengemas.


video

sebole2nya aku nak buli beliau. HAHAHA. sayang dia sangat2 :)





selepas penat kemas, mandi dan makan pengat pisang mak buat. mungkin nampak menakutkan tapi yummy :)




p.s: motif post ni? saje boring! hoho. maknanya jap lagi nak wat entry tentang kucing ku sayang dan cara saya hias bilik (ku sayang) :P


Tuesday, March 29, 2011

Konvo di UTM


27 & 28 March ari tu gi pesta konvo kat UTM.

mula2 tu masuk kat dalam khemah. tak ingat la pe sebenarnya dalam tu. huhu
tapi de la untuk budak2 nak masuk U ni.
dia kate result aku bole amek ape2 course kat situ. tapi konpius la. camne nak isi UPU ni. aiyo~


dapat pen free pun nak tayang jugak? BOOyeah :O


nampaknya terbukti la kot aku ni sang jakun. sikit2 nak tayang apa yang aku beli. kuikui. bia la. saje kot suke2.


oke fine. hanger shawl yang macam ye2 aku perasan murah lam entri lepas kat situ memang berlambak RM10 =.=
tapi kat sini takde kan 2 RM15. macam 1 RM7.50 la
takde kan? kan? ha'.. nak jugak menang ni. hee :D





1. Rantai - RM15. yang ni saje buang duit. konon2nya jadi aksesori la tu. patutnya harga rantai RM15, love pulak RM5. da mak aku membebel je, dia kasi je RM15. huhu

2. pashmina net - RM8. aku sangat suka ini! korang pun tengok aku selalu pakai yang kale itam tu kan. die kate (any) 2 RM15, tapi da xtahu nak pilih yang mane. terpaksa la amek 1 je. sob2

3. ribbons & flower brooch - 3 for RM5. yang ni pun suke. patutnya 2 untuk RM5, tapi die bagi 3 untuk RM5. hehee





baju kurung - RM50. macam pesen lame je kan. mak aku kate ni la trend sekarang. hurm? (o.O)

telekung - RM40. cantik kan bunga die. katanya dari Indon. ni pun da habis murah. hehe. tapi telekung lawa tapi sembahyang tak cukup tak lawa jugak. kui2 xP





mesin jahit mini - RM10. yay! selangkah memiliki mesin jahit sendiri yaw! haha. ambik kaw jahet seluar tido aku yang terkoyak akibat keganasan dimalam hari. hoho





balik je lepas dah habis berangan, makan besar aku. nasi goreng+telur+kentang goreng+(mayonis+sos) = yummy! :D

Thursday, March 24, 2011

Keputusan SPM; Alhamdulillah.

nak buat entry ni macam buat malu je sebab da lambat sehari.
yang lain baru balik tak sempat bukak kasut dah laju2 buat.
nak buat macam mana, da malas sangat tulang keding ni. haishh~


23 Mac a.k.a semalam dah ambik keputusan SPM 2010 kat sekolah.
disebabkan aku ni pemalu, jadi tiada gambar yang akan dipaparkan. CEHH!


SMKTUN, Johor cemerlang dengan 19 orang mencapai straight A's dan 12 orang slack 1B.
like -hey, that's awesome! congrats untuk semua :D


well, entry ni mengetahkan watak utama iaitu aku. AKU ni. HELLO~ :O
so mesti la nak cakap pasal keputusan aku kan.



result cuma so-so je. tapi syukur ke hadrat Illahi, alhamdulillah sangat2.
walaupun tak straight A's, tapi keputusan aku dah cukup membuatkan chek dan abah gembira.





tengok tuh. A- je lebih. kuikui. tapi syukur Alhamdulillah keputusan ni lebih baik daripada target
sebenarnya spesis bernama 'target' ni tak penah wujud pun. ekeke
erti kata lain, aku tak sangka langsung bole dapat banyak tu. syukur Alhamdulillah :)


thanx to chek yang selalu membebel tak sudah. kat abah jugak kot. hoho
thanx untuk cikgu2 yang mengajar saya time form 4 (SMKTDS) dan form 5 (SMKTUN)
cikgu2 dah banyak membantu saya yang lemah ni. saya datang dengan ilmu yang cetek. tapi cikgu2 bertungkus-lumus, susah payah didik saya, buat extra classes (walaupun kadang-kadang saya ponteng. hehe) untuk bantu saya dalam pelajaran


paling tak boleh lupa Madam Low - Add maths, dan Puan Hidayati - Chemistry, sebab sangat membantu saya dalam pelajaran saya.
sebelum ni add math manjang je failed, paling tak pun cukup2 makan je.
tapi bila madam low cakap kalau tak dapat A time SPM, nak pukul ngan kayu time amek result, terus gerun n study sungguh2. huhu
cikgu, saya dapat B+! hehe

madam low : addmaths awak B+. takpela, tu maknanya awak dah berusaha bersungguh2. tahniah ye

thanx, teacher. serious macam nak nangis time tu. huu :)


cikgu2 lain pun bagus2 jugak. selalu bagi support kat saya bila saya rasa down. terima kasih banyak2! :)


time amek result tu nampak tangisan; tangisan gembira dan duka.
janganlah sedih. cuba fikir secara positif. tak payahla nak bandingkan diri kita dengan orang lain yang sememangnya diorang tu terer giloo

cuba bandingkan diri kita dengan diri kita yang lalu.
tengok perubahan, "dulu aku dapat D, sekarang dapat A+. FULOUWW!" "dulu G, kini C bebeh!" "dulu D, sekarang G! YESS, berjaya!" ha' yang tu gara2 taknak mak suro gi sambung belaja la tu.
tapi kalau menurun sikit, takpe la. atleast kita dah buat yang terbaik kan?

even dapat 2A, 3A, 10A, mahupun hanya sekadar 'LULUS', bersyukurlah kepada Tuhan kerana Ia maha pemurah dan maha mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya.



Good Luck untuk semua dan semoga success in future. jadilah orang yang berguna untuk ibubapa, masyarakat dan negara.


Sekian.

With Love,
Nurul Shahida Yaacob
SPM 2010

Tuesday, March 22, 2011

Saya suka balik Kelantan. dan Siti Nurhaliza! hehe

cuti sekolah seminggu da pun lepas.
'cuti sekolah' memang takde kena-mengena dengan aku tapi aku pun turut bergumbira jua.

-- cut it short. --

15 Mac, kua dengan cik Tintin g Skudai Parade.
ncik tu baru balik PLKN. seronok katanya. hehe

kitorang g main roller skate and jalan2 sambil cik Tintin ni gi beli baju untuk kerja kat Jusco


cool tak aku? padahal tak reti main, asyik nak pegang besi tu je. huu =.=



16 Mac, balik kampung kat Kelantan.
kenapa suka balik Kelantan?

  1. barang2 murah dan cantik
  2. suasana yang hijau nan indah
  3. my lovely families
it's more to shopping sebenarnya. hehe



19 Mac, g KBMall ngan sepupu dan adik. nak tahu siapa kitorang jumpa?











taraaaa~

SITI NURHALIZA!


hari tu jumpa dekat Angsana

video

kitorang terkejar2 nak tengok Siti dari dekat. ramai gila duk terkejar Siti. adik aku pulak dapat salam dia. citt!



kat kelantan bole jumpa dia lagi sekali. tak sangka pun dia datang ari tu. haha. terer tak? :D

video

kat sini lagi ramai yang terkejar2kan Siti sampai naik kete.
kitorang pun same. hehe


2-2 event adalah sempena road tour produk SimplySiti keseluruh negara. tak sangka bertuah jumpa 2 kali. hehe



-- cut it short. --




balik kelantan beli;

1. inner purple - RM5
2. plain grey puff long sleeve - RM25
3. light brown ala vintage bag - RM35.90



4. hanger shawl - RM10




murah kan? kalau kat sini, hanger tu ada la RM18-RM20++
tapi kat sana RM8-RM10, 2 RM15


tunjuk sume ni bukan nak berlagak or jakun. asal beli benda baru je nak post kat blog. padahal barang ciput2 je.
bukan begituu. kadang2 de gak terfikir nak wat bisnes online; blogshop jual barang2 best n murah camtu. cam best kan.
lagipun kat sana barang lebih up-to-date dan murah. maklum ye, dekat ngan siam.


macam seronok je nak jual barang2 hot lebih murah dari orang lain. tapi tu pun kalau ada sambutan la. huhu



what do you think, huns? any suggestion? ;)

Tuesday, March 1, 2011

Yogurt Mask baik untuk kulit!

Assalamualaikum . .


dah berkurun rasanya tak update blog. malas + busy la
cehh. berkata2 bagai orang bekerjaya. padahal tersadai dan berkulat di rumah =.=


o well, entry ni nak kongsi pasal yogurt mask.
yea, yogurt mask! :D


probably untuk korang yang selalu busy dengan kerja, takde masa nak manjakan dan bergeli2 dengan kulit.
or korang yang nak mask 100% natural dan x payah nak kua kan duit (sangat).
so this is perfect.


natural yogurt atau bio yogurt mengandungi lactic acid dan enzyme2 berguna.
ia mampu melembapkan dan mencerahkan kulit.
yogurt boleh melembutkan, mengawal kemerahan.
bukan tu je. yogurt jugak boleh membersihkan dan merawat cela.
hasilnya, kulit jadi clear, halus dan lembut.

best kan? so let's get this partay started. weehoo~



so dalam tutorial ni, of course korang perlukan yogurt.
pastikan yogurt tu natural, tidak berperisa dan tiada kandungan gula.

aku guna natural yogurt by dutch lady. saiz kecik yang singgit lebih tu pun cukupp
jangan korang buang lak lid die. nanti kang tak tahu bila expired
kalau tumbuh cendawan ke, raflesia ke kat muka korang, aku tak tanggung eaa (O.O)


Cara-cara:
  1. ambik satu sudu penuh yogurt.
  2. guna berus (makeup brush), tangan or kapas untuk apply kat muka.
  3. mulakan dengan lapisan nipis. kemudian bina lapisan secara rata.
  4. tebalkan lapisan pada bahagian yang bermasalah.
  5. biarkan selama 20-30 minit dan bilas.

senang je kan?


tak percaya? aku betul2 buat ni. nampak kelakar dan menakutkan kan
bonus: bole pakai buat menyakat orang

tapi hasilnya, fuihh. lembut gile youuuu.
I loikee. ngee~
rasa lembut dan lembap gile. almost melekit tapi tidak.
seronok bagai coz kulit aku kering. hee


amalkan mask ni 2 kali semnggu selepas mandi.


Good luck and have fun! :)