Hello people!


Salam. jemah tahu blog jemah tak gojes tak maket macam blog uolls. tapi iolls tak kisah huahua. blog ni tempat kaki kaki repek dann tempat kongsi maklumat.

jemput tambah nasik, tapai tu sedap boh silakan.



Tuesday, August 23, 2011

My Nightmare.., Exciting Nightmare!


yeehaw~

tido lambat dan bangun tengahari dah pun jadi habit sejak cuti ni. angkara game Burger Shop 2 yang aku baru download.





gameplay yang membuatkan aku ketagihan.



okay, enought bout that.

this morning, .. oops. I mean this afternoon, aku terbangun dari mimpi ngeri + pelik + adventure + awesome gila. macam taknak bangun je lah rasa.

tak senonoh sungguh entry ni tapi aku memang tak peduli, da macam diary aku da. ngee



kisahnya begini,


Pada permulaannya, aku berada dalam situasi di mana aku sedang melukis banglo pensyarah english aku kat KMJ. bapak lah besar gila dia punya rumah. siap swimming pool segala.



lebih kurang macam ni la tapi lagi awesome. sila puji, penat aku lukis ni taw. haha


melukis dengan student2 lain. aku pun tak paham kenapa tapi aku biarkan aje lah. cikgu puji frames on walls nampak sejibik macam dia punya.




tak paham jugak kenapa perlu ada frame gambar kat luar rumah .. (?) then aku simbah2 warna untuk nampak cantik. blue in swimming pool. yes, IN swimming pool. sungguh aneh.



tiba2, situasi bertukar.


aku berada dalam mahkamah. dah macam dewan kuliah je aku tengok. berada dalam perbicaraan, PM bersama ketua parti pembangkang. isu yang masih tak sudah sampai sekarang. tak perlu di sebut, tak nak bangkitkan isu politik kat sini.



time tu ramai gila orang. keadaan 'hangat' ketika perbicaraan.


ketua pembangkang menolak tuduhan terhadapnya. "tak.. saya tak buat.." aku dalam hati, "wei. kmon la. cuba la tegas and yakin sikit deny tuduhan tu. macam dia buat pulak". haha. macam ye2 pulak aku time tu.



tiba2,

keadaan menjadi kecoh pabila tiba2 datang seekor monyet betina menyerang monyet jantan yang berada dalam mahkamah tersebut.




yang ni lagi aku tak paham. macamana pulak tiba2 monyet boleh ada dalam mahkamah? (=.=) orang ramai semua bangun dan menjerit keluar. kecoh gila lah. sedar tak sedar aku dah berada kat depan, cuba nak larikan laptop PM.





sungguh berani mati aku ketika tu. aku pun tak paham kenapa aku larikan laptop PM. aku percaya dalam tu ada maklumat rahsia yang mungkin akan menceritakan perkara sebenar. apa kena la dengan aku ni. aishh~



aku pun apa lagi, berlari sekuat hati. cuba menyelamatkan diri daripada ditangkap polis. dia punya jalan da macam simpang rumah aku je la kan. pusing2, hutan yang sama.


bila penat, aku motivate diri sendiri. "shida, lari atau kau kena tangkap. pilih" pastu semangat balik lari laju. aku buntu, terus sorok dalam longkang. amazing, polis tak nampak aku.



adalah sorang makcik dan pakcik ni tengah berbual tepi longkang tu. tiba2 makcik tu terperasan aku tengah sembunyi dalam longkang. aku suruh dia diam. tapi dia boleh pulak nak berbual dengan aku.





akibatnya, polis tu dah nampak aku sorok dalam longkang. time tu memang "shidd makcik ni!" lalu aku lompat keluar then tampar makcik tu laju2. wakakaka. lawak sungguh time tu. dan terus sambung melarikan diri ..


lari dan terus lari . . .


sungguh la, memang macam kawasan rumah aku je. ada flat yang dulunya diduduki warga asing. aku lari dan menyorok di sebalik bangunan. cemas sangat time tu. polis tak nampak aku - fuyeah~





ada pulak sorang mamat indon ni. muka dia innocent je. sesuci balqis gitu. mungkin cuma aku je perasan lebih, macam dia nak buat jahat dengan aku pulak. aku pun apa lagi, langkah kaki la dari situ.




sambung lari lagi. aihh, lari tak henti2 lah aku. buntu sangat time tu tak tahu nak gi mana. aku lari masuk kawasan perumahan, dan terus masuk dalam sekolah mana entah. besar gila lahh kot.





aku duduk sebentar. takut sangat. sampai menangis. sobs2 xP aku try call sorang member baik, calling for help. B.F stands for best friend, not BOY FRIEND. hikhik. thank God dia happy to help.



lega sangat rasanya. cepat gila lah dia sampai. dengan basikal pulak tu. tak paham betul. ada motor, nak naik basikal jugak. adess, redha je la..



bersambung ... (hehe. penat lah. sambung esok, okay! :) )

No comments:

Post a Comment