Hello people!


Salam. jemah tahu blog jemah tak gojes tak maket macam blog uolls. tapi iolls tak kisah huahua. blog ni tempat kaki kaki repek dann tempat kongsi maklumat.

jemput tambah nasik, tapai tu sedap boh silakan.



Tuesday, January 29, 2013

Cara Menghias Bilik Tidur | Kreativiti

Assalamualaikum



ahai dis iz mai pebelet holiaouuww~

dah lama ku menantikan saat ni. kiki. memang hobi menghias2 kalau dah takde kerja ni


AMARAN : bilik tersangatlah pink. agak budak2? hihi. mix dan match sayang. had umur? as long as you feel young :3




Cara Menghias Kamar Tidur





Sebelum




nampak kosong kan meja solek ni? berhabuk tu obvious sangat halamaks






Selepas





voila
yang ni sebenarnya heat isolation pad punya yang letak cawan panas ke apa dia serap haba la
tapi aku kan peduli apa kan. goreng aje
so tadaa~ tak nampak kosong lagi da ^^







Sebelum





hari tu mak upah indon suruh kemas bilik aku (alamakk)
lepas tu dia masukkan barang2 atas meja solek dalam satu kotak
eew





so aku beli kertas pembalut rege singgit









Selepas




haa dah molek sikit kan
tak cukup kertas nak balut belah dalam hukhuk
masuk bawah meja solek dah boleh jadi laci palsu. ahah


tips : boleh recycle dan jimat duit daripada beli kotak kat kedai. jimat space dengan masukkan barang2 dalam tu. lebih praktikal ekceli! siyesly









oke meja solek kitew dah cantik ^^





dan . . . . . . 






lepas tu ikat selendang rainbow yang tak pakai atas tu macam antu toncet
kiki bosan
korang boleh try letak bunga ke, reben ke, patung, lampu liplap ke or pape yang berkenan









haa lagi satu tips, korang boleh beli satu bekas macam laci ni
simpan aksesori gelang, cincin dalam tu
kemas sikit ^^












siapa pulak laa hanan dan sarah ni pemes jap
or korang boleh simpan brooch or jam or pape yang berkenaan dalam bekas yang dapat dari kenduri kahwin uh
cute ekceli mewmew :3










pengikat langsir
ni sebenarnya baru jugak beli hari tu
aww cute bunga besar dengan corak vintage





lepas tu aku bosan
aku nak try yang lain dari yang lain sikit


lalu . . . ..











tell me how cute are they??!
hihi
nate ni jumpa kat pasar malam. RM11 sekor
tampal je mereka dekat langsir macam suka hati ahah
 natang ni boleh picit pastu keluar suara monyet dengan mata merah nyala2 bafak seram nak mampuss







namun tiba-tiba . . . . 










jumpa yang real laa kat kedai halamak haii
comel tak kwang soo kitew bergayut kat situ??!
kiki suke suke suke ^^
ada banyak lagi. monyet, tiger, singa, anjing etc 
RM9 dua ekor!
















penyangkut ni banyak function
boleh sangkut tudung, rantai, kunci, keychain dan sebagainya
jimat space dan at the same time jadi wall deco








 Sebelum







halamak haih serabut betul beg bebanyok sepah2 nim










Selepas 








haa selain dari letak laundry, korang boleh jugak letak beg2 dalam tu
jimat space dan tersusun kan sekarang?








ataupun . . . . . . 













sebenarnya untuk display pinggan perhiasan
yep. pinggan gambo kitew pi langkawi lew
muehehe





tetapi . . . . 







guna untuk sangkut beg
amboi sampai tergeliat aih
sebagai contoh je tapi korang dapat kan the main idea tu?
wall deco jugak ^^







Sebelum




waduh banyak sekali baju bersepah tak tahu nak letak mana
*baju kurung dari U tak pakai err







Selepas




tadaa~
haa storage box yang boleh lipat2 ni boleh masuk dalam rak buku
sebenarnya tak muat *wuwu* tapi paksa relakan beliau huh
selain letak baju boleh jugak letak lotion ke, cables ke, beg ke, pape la yang berkenan







Sebelum




alalaa bersepahnya
buku SPM buku sekolah agama berlambak lagi ahaks







Selepas




kiki dah kemas kan sekarang?
si monyet tu bio bergayut kat situ je lah











o well yang ni sebenarnya extras je
bilik aku takde kerusi *sobsob
so prefer duduk bawah je
gabungkan 1 bantal bercorak dengan 1 bantal plain
it pops!







-- TAMMAT --











next maybe nak buat cara manage almari or full room tour or cara kemas bilik i dunno. korang rasa? and kalau korang ada decoration bilik yang cantik2 jugak, apa kata share link dekat comment. sangat ingin nak tengok wuhuu~! :D






you don't need much. just a pinch of creativity to turn nothing into something :)









Sunday, January 27, 2013

Kek Batik | UPDATED

Assalamualaikum ..



updated? apakah? ahah .. bukanlah kek batik versi milenium. cuma memperbaharui post yang lama. yang macam harom nya cerita pasal kek batik ends up jadi daging kisar. pathetic. uhuk

okay lets begin.




Cara Membuat Kek Batik (Marble Cake)



Bahan-bahan:



  • telur (4 / 5 biji) *optional
  • air (1 cawan) *depends
  • marjerin (1 cawan)
  • milo (1 cawan)
  • susu pekat manis (1 cawan)



*time ni sebenarnya gunakan milo 1 1/2 cawan


  • biskut marie satu paket 1kg (dipatah-patahkan)






Cara-cara:




1. mula2 panaskan periuk. then masukkan secawan air




*gunakan api perlahan sepanjang memasak supaya tak hangus




2. masukkan marjerin. kacau hingga cair






3. masukkan susu pekat manis






4. pukul telur hingga kembang. masukkan ke dalam periuk
*time ni tak guna telur sebab asyik tak jadi. huhu




5. masukkan milo. kacau hingga sebati








6. masukkan biskut marie






7. tuang ke dalam loyang. tekan-tekan supaya tiada ruang udara di dalam kek (mampatts)





tips : kalau korang rasa kek tak cukup penuh, korang boleh cairkan milo (campuran milo dengan sedikit air) dan tuang pada bahagian yang tak penuh tu. kasi sekata.




8. selepas sejuk, masukkan ke dalam fridge.



*maafkan fridge hamba yang muzium




selepas 24jam, ataupun lepas kek dah keras, bon appétit !


















tips : korang boleh potong dulu sebelum masuk fridge supaya bila kek dah keras nanti, tak susah nak potong




begini la rupanya. woohoo sedap woo~ rasa lembut biskut tu dengan rasa milo yang cair tu. nyamnyam




























haa senang je kan nak buat kek batik ni sebenarnya. tak susah pun. bahan2 pun simple je. memang tak perfect mana tapi masih mencuba. so uolls pun kalau nak feeling masterchef sikit (sebab tak hebat memasak), boleh la try resepi ni.





Selamat Mencuba! :D



Friday, January 25, 2013

Blog Yang Baik

Assalamualaikum



amboi baik ke aku ni? *tiba2*


aha berkenaan dengan tajuk di atas, nak bincang sikit lah pasal blog yang boleh dikategorikan sebagai 'baik' ni. aku bukanlah blogger kental dan follow blog tiap masa. ini hanyalah dari pendapat aku je

#take note ini adalah untuk 'blog yang baik', bukan 'follower yang ramai'. oh you know why :3



Tips Untuk Blog Yang Baik



1. Berinformasi


blog yang mempunyai banyak maklumat boleh di kategorikan sebagai blog yang baik. dengan maklumat ni kita boleh berkongsi info dengan readers, samada menyelesaikan masalah atau cuma pengetahuan am.

kadang aku baca, entah apabenda dia bercerita. tajuk macam gampang nak huha huha kat orang nih. lepas tu ending macam hampeh dan tak sampai.

banyakkan buat revision. dapatkan sumber yang betul. kalau duk berkarang tanpa tahu ketelusan usul berita, lebih baik tak payah story. sebab kemungkinan korang akan dapat maki hamun dan mendungukan diri sendiri. paling tak pun penambahan stok dosa.



2. Tak Banyak Berbual


benda ni aku perasan bila tengok video2 dekat youtube. kadang bila aku bukak video yang aku nak tahu, dia lebih banyak berbual. lama2 aku rasa, apa yang kau merepek ni syaitaannn??!

aplikasikan balik ke dalam penulisan blog, aku lebih suka sesuatu yang simple dan short tapi penuh informasi dan straight to the point. takyah nak bermadah sangat. jenuh tau tak



3. Dekorasi Yang Sesuai


blog aku ni takde lah sempurna. tapi bagi aku, aku suka blog yang tak nampak serabut sangat. ni dengan link bagai, iklan, chatbox 3 4 bijik, lagu korea segala, tulisan berseni tahap harakat memang cam harom la aku nak baca tuh.


sebab kebanyakan orang bukak blog kita untuk DIORANG BACA. jadi permudahkan la readers ni untuk membaca. jangan duk semak sangat dengan extras yang fungsi dia hanya nak meletup2 gojes2 kan blog, sampaikan duk menyemak mata si pembaca dan akhirnya babai begitu sahaja sobsob


you know. less is more. aplikasikan tu



4. Followers


haa yang ni aku tak bole nak berdebat la sebab followers aku bape kerat je. *sobs*


secara teori, lagi banyak follower, lagi hebak la blog tu. atau lagi fofuler la blogger tu


tapi bagi aku, aku tak kisah semua tu. *ehem. nak pertahankan diri ke cik kak* kau diam pe'ahh!!

aku sejujurnya memang kurang rajin nak blogwalking dan tinggalkan link memaketkan blog di pesbuk twitter dan sebagainya. tapi bila aku tengok balik pageviews post, ada yang sampai mencecah 1000++ sedangkan follower aku cuma lah 50 orang je. tsk tsk





so boleh lah dirumuskan di sini yang follower yang banyak tu belum tentu lagi baca blog korang. mungkin hanya follow untuk tambahkan follower diorang balik. mungkin *terasa tak? harhar*

apa yang penting, informasi yang ingin disampaikan tu dapat menarik perhatian ramai pembaca. tu dah cukup sebenarnya



5. Bersopan


agak sadis bila terjumpa blog yang duk meluahkan perasaan diorang lah agaknya. lalu memaki hamun dengan bahasa yang kurang sopan di dalam entry.

tahukah anda para pembaca ni adalah dalam lingkungan usia yang berbeza? ada yang muda dan ada jugak yang tua. entah2 budak2 ke yang duk baca, tak ke terikut2 nanti?


bahasa mencerminkan diri kita.
kalau kita cakap baik2, dapat la feel macam gud2 sikit walaupun cuma hanya dalam penulisan. tapi kalau dah keluar segala kata2 busuk tu semua memang nampak sangat la kita ni kurang kesopanannya. kita kan orang timur. budi bahasa budaya kita :) feewitt~



6. Gambar Menarik


tahukah anda? *tak tahu* weyy!!


mata kita akan lebih tertarik bila adanya gambar2 yang menarik. macam teransang2 gitu bzztt2 neurones nya. amboi.


cuba selitkan beberapa gambar untuk menambahkan minat sang pembaca. kalau asyik tulisan je memanjang naik bosan jugak kan. lain la kalau cerita memang gempak tahap titanic.


okey sebagai contoh,

ada dua gambar ni. cuba korang bandingkan. gambar mana yang korang rasa lebih tertarik untuk tengok.



gambar 1






gambar 2






erk. nampak kan? walaupun gambar yang hampir sama, mata dua2 warna merah. tapi masing2 beri impak yang berlainan.


so motifnya di sini, dalam pemilihan gambar, kena la bijak memilih. kang tak pasal2 gambar yang korang taruk dekat blog tu jadi mimpi ngeri aih dekat readers. gambar berangan tak hengat ke, seksiyy terlebih opps nya pun kann atotoo



7. Cara Penulisan


haa jika anda seorang yang skema dot dan very la straight to the point aku ase macam nak pukul2 je, mungkin korang boleh insertkan unsur2 jenaka dalam penulisan.


ni bukannya cuma menambahkan minat pembaca, malah akan kekalkan konsentrasi pembaca dalam meneruskan pembacaan.

seriously, aku pernah baca balik post2 lama aku. tak sanggup nak baca sebab terlalu panjang dan plain dan berbual kosong dan dan dann ... hah. tu pun korang rasa meluat dah kan?


bukan maharaja lawak nak buat lawak segala? okay mungkin korang boleh gunakan bahasa yang ada bunga ada umph sikit bagi tarik minat pembaca. aku nampak penulis yang pandai berbicara dalam menulis adalah sangat berbakat. hurmm adore~



straight is boring. go belok2 sikit. namun awas, depan ada bonggol



8. Buat Revision


kalau korang nak lebih gempak terbabom lagi, apa kata korang rajinkan diri mem-blogwalking. dengan ni korang boleh tengok blog2 lain yang baik dan mana yang oops. serap mana2 elemen yang membantu korang dalam penghasilan blog yang baik.


TETAPI ....


janganlah pulak korang tiru sebijik seketul intipati blog orang lain. tak syok woo.. kita buat penat2 sonok2 je dia pi tiru copy paste. lepahtu claim yang tu sendiri bikin. banyak cantik muka ang. garu nak?



9. Cara Tersendiri


haa maka dengan itu, adalah lebih baik kalau kita buat gaya penulisan tersendiri.


kalau kita boleh tengok, blogger2 terkenal macam Fatin Liyana, Maria Elena, Cik Epal, Irene Nadia dan sebagainya, diorang ada gaya penulisannya yang tersendiri. tu yang membuatkan diorang lain daripada yang lain.


so cuba selami swim2 dalam diri korang, korang ni jenis orang yang macam mana. tak perlu pura2 jadi orang lain semata2 nak blog macam daebak. tapi kalau korang selesa dengan cara macam tu, what else can I say?



10. Mesra Alam


mesra alamaks? always sempurnakan blog dalam komunikasi 2 hala. tulis macam duk berbual dengan pembaca. jangan duk tulis khayal sorang2 macam berbual dengan spender, memang tak jalan.

beri ruang untuk pembaca berkomunikasi. tanya pendapat.walaupun tak dapat respond, pura2 macam ada. *huhu sedihnyew awok*




*********************************************************************************


haa dan sekian saja lah tips yang dapat diberikan. tak amik dari mana2 cuma apa yang terlintas dalam kepala je takat ni. cukup seploh kan? muahaha jenuh aih


harap tips ni boleh la sedikit sebanyak membantu dalam proses making a better blog yee. kalau ada tips2 lain cer kongsi kat comment. nak jugak tahu :)




SALAM. xoxo


Wednesday, January 23, 2013

Header Baru !

Assalamualaikum ..




haa as stated seperti title di atas. ehem ehem. maklum le kita ni dah berpeluang nak gedik2 update blog sikit kan. tetiba terajin la pulak terbuat terheader terblog terrr ... idok. blog masih yang lama jugak. header je kasi baru sikit










kalau sesiapa yang pernah baca or jenguk blog ni dulu, begini la ghupe header nya.


lama2 aku tengok naik jemu dah aih. warna tak semengah. pale dan boring je kan. simple sangat. dengan muka ala2 mintak penyapu dua kali libas di muka. kau pikir kau comel??! dah korang jangan nak menambah pulak. herr


theme : vintage kata nya .. tambah pink tak boleh tinggal. kekalkan ke-simple-an




dan kendian . . . . . . . . . . .













TARAAAAAAAA~~!!!!





ahaks. penat aih buat header ni sakni. akhirnya siap pun. laju2 tukar.



kali ni tukar pulak. taknak ada background dah. malas nak pikir, buat putih blank je *dasar pemalas* title dan description blog masih sama. apa yang berubah, cuma letak2 gambar sneak peek apa inti lauk dalam blog ni. ye gambar muka mintak penyapu masih ada di situ tapi kau pikir aku kisah?? MUAHAHAHA



haa yang baru ni aku try buat lebih simple yet colourful. dah macam hape aku tengok tapi ite sukkew ^_^



pelangi : macam skittles tak? ihik. nak blog ni ceria warna-warni gituw. dekat sidebar pun Rona Dashi berpelangi kan. ite nak header pelangi2 jugakk :3


sofa : nak blog ni fun-to-read. lepak2 atas sofa sambil baca blog. dan berbintang di angkasa. woohoo~ berangan la kau jemah


stokin : tiada motif. nak tunjuk diri ini serabai? atau pun rajin menyidai mungkin :D


bibir cekciy : muackkss xx yang ni pun tak paham apa motip dia. well blog ni untuk tips kecantikan (kata kauu) and kisses for reader :-*



aku ni noob buta IT. tak reti aih nak buat header meletop2 siap link button segala tu. tak gheti le jemah. tengok tutorial pun semak kepala pikir. simple sudah. pandai2 la diorang nak klik mana2 :3




***********************************************************************




dan malam ini adalah malam kelahiran Nabi Muhammad s.a.w



اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّ .


▹Malaikat sahaja yang sanggup menghitung jumlah titisan air hujan yang jatuh ke muka bumi ini... tapi 1 yang tidak sanggup dia hitung iaitu jumlah Pahala orang yang berselawat kepada Rasulullah s.a.w.


♥ آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ♥ :) آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ:) ♥ آللّهُمَ 

صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ♥ :) آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ:) ♥ آللّهُمَ صَلّیۓِ 

ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ♥ :)






Salam maulidur rasul ;)